Kursus The Power of Professional Image Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya 2020.
Imej seorang pemimpin yang berkarisma, yang dilihat mampu membuat keputusan dan mempengaruhi atau imej ‘First Class’.
Ianya bukan dimiliki secara semulajadi, ianya dipelajari dan dibentuk.
Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi di bawah pimpinan kitadilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.
Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka kepada umum melalui cara penampilan termasuk pakaian, komunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Bagi seorang pemimpin, melihat dirinya sahaja sudah cukup mendatangkan inspirasi dan mampu mempengaruhi pasukannya. Imej menjadi perkara yang lebih kritikal bagi seorang pemimpin kerana peranannya untuk mempengaruhi dan memimpin orang lain.
‘People follow people’….
Ini konsep penting yang perlu difahami dalam diri manusia. Manusia akan mengikut dan meniru manusia lain. Lebih ramai pengikut, lebih banyak pengaruh seorang pemimpin. Apa sahaja yang dipakainya di hadapan umum, apa sahaja yang dipertuturkan dan apa sahaja tingkah-laku seorang pemimpin pastinya akan diperhatikan, sama ada positif atau negatif.
Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang diterima, yang mampu memberikan contoh yang baik, perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam melonjakkan pakej diri sebagai pemimpin yang hebat dan diingati, agar sentiasa kekal relevan dan berpengaruh dalam arus perdana.
Pada 18 Januari 2020 yang lalu telah berlangsung Kursus The Power of Professional Image kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya.
Kursus ini membongkar penampilan ideal seorang pemimpin. Pemimpin yang hebat perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinan dirinya kepada keperluan pekerjanya, dan bukan mengharap pekerja dan orang bawahan menyesuaikan diri dengan gaya pimpinannya.
Knowing others is intelligence.
Knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength.
Mastering yourself is true power.
~Lao Tzu~
Kursus The Power of Professional Image oleh Perbadanan Putrajaya ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan. Selain daripada itu, objektif Kursus Kursus The Power of Professional Image ini juga adalah agar pesert mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya sebagai pemimpin, menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi, mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat, mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional serta mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Sekalung penghargaan kepada pihak Perbadanan Putrajaya di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus The Power of Professional Image ini kepada Pegawai Pengurusan Perbadanan Putrajaya. Kami sangat berbesar hati apabila pihak Perbadanan Putrajaya sudi melantik Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya, iaitu para pemimpin penduduk yang terpilih sebagai perwakilan.
Kami kongsikan di sini antara pendapat peserta tentang penceramah dan program ini secara keseluruhan :
- Penyampaian yang jelas dan mudah difahami – Azhari bin Ibrahim – AJK MPPWP Sub Zon 4
- Terbaik – Zuraida binti A.Rahman – AJK MPPWP Sub Zon 4
- Sangat Baik – Dato’ Asmawar bin Samat @ Samad – MPPWP Sub Zon 3
- Terbaik – Norafandi bin Johar – AJK MPPWP Sub Zon 3
- Bagus – Wan Hasbullah Sany bin Wan Mohd Aris – AJK MPPWP Sub Zon 3
- Bagus – Azaman bin Hassan – AJK MPPWP Sub Zon 3
- Bagus – Salmah binti Talib – AJK MPPWP Sub Zon 2
- Maklumat dan pengisian ilmu yang padat – Rohani binti Marsom – AJK MPPWP Sub Zon 2
- Good – Mohd Salehudin bin Soaimain – AJK MPPWP Sub Zon 2
- Bagus – Mohd Naser bin Md Isa – AJK MPPWP Sub Zon 1
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!