Grooming Workshop : IKON Mahasiswa Malaysia | 11 March 2017

Pemimpin Mahasiswa dan Imej Diri Dalam Mendepani Cabaran Semasa

Pada 11 March 2017 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah diberi amanah oleh untuk berkongsi kemahiran Pembentukan Imej bersama 20 orang Ikon Mahasiswa terpilih daripada seluruh IPTA Malaysia.

Setiap IPTA daripada seluruh negara mencalonkan pemimpin mahasiswa yang terbaik pencapaiannya dan yang paling menonjol serta aktif dalam aktiviti kepimpinan di universiti masing-masing. Jumlah pemimpin mahasiswa terbaik yang dicalonkan daripada seluruh IPTA ini adalah 300 orang.

300 orang pemimpin mahasiswa yang terbaik daripada setiap IPTA ini dikumpulkan dan dinilai kebijaksanaan dan kemampuan mereka melalui proses pemilihan dan pertandingan.

Daripada 300 orang pemimpin mahasiswa yang telah dinilai ini oleh panel-panel profesional, akhirnya hanya 20 orang pemimpin mahasiswa sahaja yang memperolehi markah tertinggi dan menepati KPI yang ditetapkan.

Mereka bukan calang-calang mahasiswa.

20 orang ini dibiayai sepenuhnya untuk berkampung selama 3 hari 2 malam di Villa ini.

Agendanya adalah untuk memperkasakan lagi personal branding diri dan kehebatan serta ketrampilan perdana diri mereka, sebagai pelapis pemimpin masa hadapan negara.

Mereka telah dipersiapkan untuk mencapai tahap relevansi dan kompetensi dalam arus perkembangan kepimpinan zaman ini.

Golongan Pemimpin Mahasiswa Universiti bukan sebarangan golongan, di mana zaman sekarang ini mereka diberi perhatian oleh pemimpin negara, aktivis sosial, cendikiawan dan golongan teknokrat, dan mempunyai tempat yang hampir dengan golongan-golongan ini.

Kenapa mahasiswa ini diberi perhatian sedemikian rupa, terutama golongan kepimpinan mahasiswa?

Kerana zaman ini adalah zaman dunia sedang berlaku perubahan komunikasi sosial sejagat yang menuntut kita untuk mampu menjadi adjustable dan adaptable kepada idea dan perubahan yang baru ini.

Apabila berlaku ledakan komunikasi terbuka ini, kewujudan golongan mahasiswa mula dirasai dan menonjol, berbeza dengan mahasiswa dahulu. Apabila kewujudan mereka dirasai, suara desakan mereka menjadi lebih berpengaruh. Apabila suara desakan mereka dilihat berpengaruh, maka mahasiswa terutama pemimpin mahasiwa mula diberi perhatian dan didekati.

Kerana itu kepada para mahasiswa terutama mereka yang berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti, adalah penting bagi anda untuk membina dan memperkasakan imej dan ketrampilan perdana diri anda, meliputi aspek memperaga pendapat dan idea, cara pembawakan diri, kaedah berpakaian, etiket dan adab-adab berurusan, adab berkomunikasi dan kemahiran interpersonal, sekiranya anda mahu memastikan tahap relevansi dan kompetensi anda dalam arus perkembangan zaman ini.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program.

Thursday, March 16th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments