Kursus Keterampilan Diri dan Temuduga Kenaikan Pangkat (Grooming For Promotion) UITM | 13 November 2018

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat (Grooming For Promotion) Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UITM – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UITM) untuk mengendalikan Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat (Grooming For Promotion) UITM pada 13 November 2018, bertempat di Bilik Sarana 1, Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), Nilai, Negeri Sembilan.

Jutaan penghargaan kepada pihak Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat (Grooming For Promotion) ini kepada para pensyarah kanan UITM yang akan melalui proses kenaikan pangkat kepada jawatan yang lebih tinggi.

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat – Kursus Keterampilan Diri dan Temuduga Kenaikan Pangkat ini bertujuan untuk melengkapkan ilmu terkini berkaitan ketrampilan dan pemakaian calon lelaki dan wanita untuk temuduga kenaikan pangkat kerja, serta mengetahui kaedah bagaimana untuk bersedia menjawab soalan-soalan temuduga dengan cara yang akan membuat penemuduga tertarik kepada mereka. Mereka juga diberikan kemahiran bagaimana untuk memperkenalkan diri dengan menarik dan berbeza kepada panel penemuduga.

Kursus ini juga dapat meningkatkan kefahaman proses pengambilan dalam organisasi dan mengambil inisiatif dalam menerapkan teknik strategi menghadiri temuduga kenaikan pangkat yang betul.

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

 

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

Personaliti seorang tenaga pengajar universiti yang profesional bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Trend pekerjaan masa kini kian berubah. Perubahan itu amat sukar bagi mereka yang mencari kerja. Menurut statistik yang dilaporkan pada tahun 2016, bilangan penganggur yang terdiri daripada pelajar universiti dan kumpulan yang lain dianggarkan 540 ribu orang, dan angka ini dijangka meningkat lagi disebabkan oleh ‘pemberhentian’ atau pemotongan pekerjaan yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar berikutan kemelesetan ekonomi.

Syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bekerja dengan mereka. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan daripada calon yang memohon kerja jika standard dan kualiti resume calon dan temuduga serta penmapilan diri berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Oleh itu, Kursus Keterampilan Diri dan Temuduga Kenaikan Pangkat ini amat perlu diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam meningkatkan kemahiran untuk temu duga dan tatacara berpakaian agar dapat membantu mereka untuk mendapatkan peluang yang lebih luas untuk kenaikan pangkat ke peringkat kerjaya yang lebih tinggi.

 

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

Di samping itu, kursus ini secara tidak langsung mampu memotivasikan serta menaikkan semangat para peserta untuk membina personaliti profesional yang diingini oleh majikan serta memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian.

Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Grooming For Promotion Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) ini :

  1. Penceramah amat berpengetahuan dan penyampaian sangat baik (Ir. Dr. Syed Abdul Mutalib Al-Junid – Pensyarah Kanan)
  2. Pengisian kursus amat baik. (Dr. Tang Howe Eng – Pensyarah Kanan)
  3. Kursus yang menarik dan patut tempoh kursus dipanjangkan (Ismi Ridhuan Ismail – Timbalan Pendaftar)
  4. Excellent! (Dr. Syahrul Afzal Che Abdullah – Pensyarah)
  5. Penceramah & fasilitator yang berpengalaman, intipati program ini berjaya menyumbang kepada penambahbaikan organisasi (Ismail Osman )
  6. Pengisian program ini bagus sekali. (Nur Hisham Ibrahim)
  7. Kursus yang baik dan terbaik! (Murni Akida Nasir)
  8. Menarik! (Budi Aslinie Md Sabri)
  9. Para penceramah dan fasilitator amat bagus, berpengalaman dan peramah. (Halipah Binti Hamzah)
  10. Good! (Siti Aishah Binti Mat Jaya)
  11. Bagus! (Nik Mohd Mazuan N. M. Rosdy)
  12. Bagus! (Sarliza Saari)

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Temuduga Kenaikan Pangkat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 15th, 2018November 15, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.