Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima Sdn Bhd | 10-12 Ogos 2018

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima

Pada 10 hingga 12 Ogos 2018 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis oleh Seri Panglima Sdn Bhd bertempat di Kriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

 

Antara objektif Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima ini adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima

Selama 3 hari kursus berlangsung, terdapat lapan modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima ini. Antaranya ialah Modul Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis, Modul Aplikasi Protokol Dalam Majlis, Modul Heirarki Tetamu Dalam Majlis, Modul Susunan Tempat Duduk Tetamu Dan VVIP Dalam Majlis dan lain-lain.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima ini :

  1. Penceramah telah memberikan ilmu protokol yang meluas termasuk melalui pengalaman beliau menguruskan majlis, sangat berpuas hati! – Zuhaniza binti Talib – Pengurus Nuza Event Management
  2. Terbaik! – Rasidatul Qudus bin Abd Tholib – BQT Cordinator
  3. Good at all. Thank you very much – Naqeshwari  A/P Raman – Asst Sales & Marketing Seri Panglima Sdn Bhd
  4. Very Presentable, friendly – Adzirul haidy bin Idris – Thb Maintenance Sdn Bhd
  5. Penceramah memberi input-input yang berguna – Syafie bin Zakaria – Food & Baverage Captain Keriang Hill Resort Sdn Bhd
  6. Terbaik – Mohd Alias bin Haron – Barista Keriang Hill Resort Sdn Bhd
  7. Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan gaya penyampaian beliau – Muhammad Hanis bin Hasan – Room Division Keriang Hill Resort Sdn Bhd
  8. Terbaik – Mohammad Nur Arieff bin Azahar – Sales Executive Seri Panglima Sdn Bhd
  9. Menjiwai modul yang disampaikan – Mohammad Imran bin Abdul Aziz – Eksekutif Pentadbiran Seri Panglima Sdn Bhd
  10. Modul yang disampaikan sangat jelas dan terbaik! – Wan Ahmad Luqman bin Datuk Wan Ahmad Muazzam – Pembantu Jualan dan Pemasaran Seri Panglima Sdn Bhd
  11. Mudah Faham – Mohd Shahril Anuar bin Ahmad – Banquet Seri Panglima Sdn Bhd
  12. Mudah faham dan penyampaian yang jelas – Che Nur Ismida binti Che Roslan – Eksekutif Jualan Seri Panglima Sdn Bhd
  13. Penceramah sporting dan memberi isi yang padat serta mudah difahami – Nurul Afiqah binti Khairul Adnan – Pengurus Nuza Event Management

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Seri Panglima

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, September 6th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments