Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri UniSZA Sempena BR Edu Fair Bank Rakyat | 3 Oktober 2018

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri UniSZA Sempena BR Edu Fair Bank Rakyat Pada 3 Oktober 2018.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebagai penceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri  untuk menyampaikan perkongsian dan modul  Kerjaya Dan Penataan Imej Diri kepada hampir 300 orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi Unisza bertempat di Dewan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu.  Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini adalah slot khas yang dijadualkan bersempena Simposium Kewangan Islam anjuran Unisza dengan kerjasama Bank Rakyat yang turut menganjurkan BR Edu Fair pada tarikh 3 Oktober 2018 tersebut.

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri

 

Objektif slot ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian serta mengetahui cara menghasilkan resume yang berkualiti yang akan membuka peluang untuk dipanggil temuduga.

Bukan sekadar hanya untuk terpilih dipanggil menghadiri temuduga, slot ini juga memberikan pendedahan berkaitan alam pekerjaan yang bakal dilalui kelak oleh para pelajar. Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ seawal kehidupan di universiti dan kolej agar mereka lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri
Tiada siapa yang boleh merampas kelayakan akademik, ilmu, kebijaksanaan dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Namun orang berilmu yang boleh menempa nama dalam industri adalah orang yang bukan sekadar bersandar pada kelayakan akademik semata-mata. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi dalam mencipta branding diri secara profesional sebagai pemain dalam industri yang menjadikan diri mereka unik dan berbeza serta maju ke hadapan.

 

Dalam slot ini, penceramah memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah  pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.

Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.

 

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri
Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain. Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi. Di luar sana ramai pelajar yang sebijak anda malah lebih bijak daripada anda. Ingatlah orang yang bijak dilahirkan setiap hari. Kerana itu semasa anda ingin memohon untuk sesuatu kerja atau jawatan, pilihlah apa keunikan dan kemampuan terhebat anda dan tonjolkan kepada majikan. Tonjolkan yang anda bukan seorang graduan yang biasa-biasa.

 

 

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri
“Bagaimana boleh saya tahu apakah kelebihan dan keunikan diri saya?” Pakar konsultan yang paling hebat pun tidak mampu menolong anda dengan soalan ini, kerana untuk menyedari kekuatan anda, satu-satunya orang terbaik yang tahu tentang diri anda ialah anda sendiri. Anda perlu mengambil sedikit masa, duduk dan menganalisa serta memikirkan apakah kelebihan, minat, nilai diri dan kualiti terbaik yang anda miliki dan tuliskannya. Bagaimana untuk menghasilkannya? Anda boleh menulis senarai kualiti dan nilai terbaik diri anda apabila membayangkan penemuduga bertanya anda soalan sebegini: Mengapa harus kami mengupah anda? Sediakan senarai jawapan kepada soalan ini. Sekiranya dalam proses menyenaraikan jawapan ini, anda buntu dan tidak pasti, bermaksud inilah masanya untuk anda ‘target’ atau wujudkan satu kelebihan dan kepakaran dalam diri anda. Letakkan matlamat yang jelas. Pastikan apa nilai dan kualiti atau ‘x factor’ diri anda, yang unik serta berbeza daripada orang lain, yang majikan dan pelanggan akan rasa berbaloi dan beruntung untuk mengupah anda.

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga didedahkan dengan teknik penulisan resume dan etiket sosial yang akan melonjakkan nilai pasaran diri.

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri

 

 

Sekalung penghargaan kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, October 10th, 2018October 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *