Kemahiran menghasilkan pembentangan yang berkesan merupakan satu bonus untuk melonjakkan imej dan reputasi diri seteruskan meningkatkan prestasi kerja. Gandakan kemahiran pengucapan awam untuk melangkah lebih jauh dalam mencapai matlamat yang lebih besar dalam kerjaya.
Alhamdulillah, berakhir 3 hari Bengkel Pengucapan Awam : Seni Dan Gaya Pembentang Hebat anjuran UTM Space bersama Pegawai-Pegawai daripada Majlis Sukan Negara Malaysia dari seluruh Negara.
Terdapat 8 modul pembelajaran yang telah disampaikan sepanjang 3 hari kursus . Antara perkara-perkara yang diperolehi oleh peserta ialah teknik ‘first impression’, teknik berinteraksi dengan audien, teknik empat penjuru, teknik membina peta presentasi dan menyusun konten (flow pembentangan yang wow !), teknik membina skrip dan konten penyampaian yang berpengaruh, teknik membangunkan fakta (logik), menyentuh emosi audien seterusnya memujuk tindakan audien, teknik metafora dan story telling, teknik ‘power body language’ bagi mencipta aura hebat penyampaian, teknik membina ‘powerful power slide presentation’ untuk menonjolkan pembentangan profesional menggunakan slide keynote dan powerpoint, teknik penggunaan vokal yang membina karisma, mengatasi ‘pause filler’, mengaplikasikan jeda pernafasan dan teknik mempelbagaikan intonasi suara, teknik nlp dalam melonjakkan pembentangan, teknik memaksimumkan potensi otak kiri dan otak kanan dalam penyediaan pembentangan serta beberapa lagi teknik yang terkini.
Setelah kami berkongsi semua teknik-teknik ini, peserta diberi tugasan untuk mengaplikasikan kesemua teknik yang ditunjukkan dengan menyediakan pembentangan dan slide dalam sesi penilaian. Peserta dinilai melalui format penilaian yang disediakan.
Di kesempatan ini, Tim kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UTM Space yang memberi amanah dan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan bengkel ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tim yang mantap atas teamwork yang sangat hebat, Tuan Syed Faizal S. Rahman dan Puan AR PiZa, yang bertungkus-lumus menjayakan bengkel ini. Terima kasih kepada pihak jawatankuasa petugas dari MSN atas kerjasama sepanjang 3 hari ini. Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan sepanjang 3 hari sesi pembelajaran.
Tahniah kepada peserta terbaik, peserta yang lulus ‘Competent High Impact Presenter’ dan kesemua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan dan mempersembahkan pembentangan yang mantap. Semoga penyampaian hebat setiap peserta di dalam bengkel ini menjadi titik tolak untuk menggandakan lagi kemahiran pembentangan mereka ke tahap profesional dan bertaraf dunia. All the best !
Related Posts
- Kursus High Impact Presentation Skills | Kementerian Kesihatan Malaysia | 5 Mac 2020
- Kursus High Impact Presentation Skill | Jabatan Pembangunan Kemahiran | 19-20 Mac 2019
- Bengkel Pengucapan Awam : Keterampilan Bertutur | MBJB | 22 -23 Julai 2018
- Kursus Pengucapan Awam Berkesan Yayasan Selangor | 7 Mei 2018
- Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam UTM Dalam Pembentukan Imej Profesional
- Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam | Kementerian Kesihatan Malaysia | 17 – 19 November 2016