Business Communication For Enterpreneurs Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) | 28-29 Ogos 2018

Business Communication PUNB – Kursus Business Communication For Entrepreneurs Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ini telah berlangsung pada 28-29 Ogos 2018. Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad untuk mengendalikan Kursus Business Communication For Entrepreneurs ini bertempat di Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, Kuala Lumpur. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti diri yang hebat dengan mempelajari ilmu komunikasi profesional usahawan ini.

 

 

Business Communication PUNB

 

Bidang keusahawanan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi menonjolkan kewibawaan diri dan perniagaannya. Kemahiran komunikasi bagi seorang usahawan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan perniagaannya.

Dalam dunia keusahawanan dan profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang usahawan berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusan perniagaannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.

Business Communication PUNB

Di samping itu, Kursus Business Communication PUNB For Entrepreneurs ini dapat memberi kesedaran tentang kesilapan-kesilapan dalam komunikasi keusahawanan secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan perniagaannya, memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya keusahawanan dan membina perhubungan profesional, mengamalkan laras bahsa dan skrip yang betul, mengamalkan eiket bisnes dan adab-adab dalam komunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media, mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif, memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta teknik berkomunikasi dengan mereka, mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi dan jenama perniagaan serta mampu mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam melonjakkan perniagaan dan teknik pemasaran.

 

 

Business Communication PUNB

Business Communication PUNB

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan perniagaan dan keuntungan syarikat setiap usahawan yang hadir program ini, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Business Communication PUNB For Entrepreneurs Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ini :

  1. Penceramah yang baik dan menguasai bidang/topik yang disampaikan. (Mahdzir Md Sirat)
  2. Well done! (Fazlina Binti Omar, Franchise Manager)
  3. Penyampaian yang jelas dan dapat difahami. (Azlina Binti Ali, Director)
  4. Sangat peramah serta penyampaian maklumat sangat jelas dan terperinci. (Masturina Bt Mahazir, Interior Design)
  5. Very knowledgeable and well exposed subject : Ability to share and convey message effectively. (Adenan Bin Masul, Pengurus)

Business Communication PUNB

Business Communication PUNB

Business Communication PUNB

Business Communication PUNB

Anda berminat untuk mengadakan bengkel Business Communication For Enterpreneurs ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Saturday, September 8th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments