Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan | Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn | 17/11/2018

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

Tim Perunding Imej Malaysia dilantik sebagai konsultan oleh Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) untuk mengendalikan Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan untuk wanita di Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) selama 1 hari iaitu pada 17 November 2018.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir untuk memantapkan ilmu dan kemahiran dalam kursus ini, dan memberikan komitmen yang sangat baik selama kursus berlangsung.

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan ini bertujuan untuk meningkatkan imej dan personaliti para peserta yang terdiri daripada para wanita bekerjaya, usahawan, surirumah, pelajar dan golongan profesional, untuk meningkatkan kemahiran dalam ketrampilan diri termasuk teknik gaya berpakaian, gaya berhijab dan teknik solekan.

Mempelajari teknik gaya berpakaian, gaya berhijab dan teknik solekan dalam Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan ini amat penting bagi wanita zaman ini memandangkan terlalu banyak di media sosial pelbagai ilmu dan pendedahan yang dihidangkan saban hari mampu mempengaruhi diri mereka. Mereka perlu tahu ilmu yang tepat tentang apakah gaya yang terbaik dan sesuai dengan personaliti, keperluan kerja dan bisnes serta apa brand/jenama diri yang mereka ingin tampilkan agar mampu menonjolkan kualiti yang terbaik dalam diri mereka.

Bukan semua ilmu dan teknik yang didedahkan adalah perlu dan sesuai untuk diaplikasikan oleh semua wanita, memandangkan berbeza wanita mempunyai berbeza nilai-nilai personaliti dan nilai profesional yang perlu ditonjolkan dalam diri mereka.

 

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan ini juga memberikan teknik berpenampilan dan panduan pemakaian wanita muslimah bekerjaya, usahawan dan surimah. Kini ramai Muslimah yang bekerja dan tidak kurang juga yang bekerja sendiri. Namun masih ada yang kurang pasti apakah pakaian kerja yang dipakai, hijab yang digayakan dan solekan yang dikenakan selama ini benar-benar sesuai dengan kehendak bidang kerjaya dan personaliti mereka.

Sekiranya tiada panduan dan kayu ukur dalam meletakkan apakah busana dan gaya penempilan yang sesuai ke pejabat, besar kemungkinan ramai ke pejabat yang kelihatan terlalu santai atau terlalu menarik perhatian. Pakaian, gaya hijab dan solekan yang betul, kemas dan sempurna di tempat kerja atau ketika menghadiri urusan penting akan melahirkan satu keyakinan kepada kita secara peribadi dan mampu meyakinkan orang lain untuk berurusan secara selesa dengan kita.

 

 

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

Pelbagai gaya bertudung bukanlah penentu utama untuk memastikan penampilan anda menarik. Ia harus dimulakan dengan ilmu dalam mengenali bentuk wajah wanita.

Dengan mengenali dan memahami bentuk wajah, kita tidak akan membuang masa dan wang membeli atau mencuba tudung dan mengenakan gaya bertudung yang tidak sesuai dengan bentuk wajah. Usah terpengaruh dengan individu lain yang kelihatan cantik mengenakan gaya/ ikatan bertudung tertentu kerana gaya bertudung itu mungkin sesuai dengan bentuk wajahnya tetapi tidak dengan bentuk wajah kita.

Selain daripada itu, antara faktor yang perlu diambil kira ialah pilihan fabrik, saiz tudung, cara ikatan tudung, corak dan warna akan turut mempengaruhi rupa paras.

Pemilihan tudung dan gaya tudung juga turut ditentukan oleh majlis, suasana  dan tempat yang dihadiri. Seorang wanita yang bekerjaya dan profesional ketika berurusan adalah tidak sesuai menggunakan selendang yang dibelit dengan pelbagai fesyen, tampak merimaskan dan berserabut contohnya selendang dibelit berkali-kali di sekeliling kepala kemudian baki selendang dibiarkan jatuh melepasi lutut.

Cara tudung digayakan harus kemas, menutup aurat dan praktikal.

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan

 

Kami Tim Perunding Imej Malaysia berharap agar setiap peserta yang menghadiri Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan anjuran Tutorial Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan. Kami mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini seterusnya mampu  melonjak dan terbang lebih tinggi dalam bidang masing-masing, dalam kehidupan personal dan juga kerjaya profesional, in sha Allah.

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Personaliti, Penggayaan Hijab Dan Solekan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, November 18th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments