Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Imej Profesional

Ketrampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seseorang. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaan fizikal seseorang. Kursus ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

 

OBJEKTIF

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial.

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui:

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Persembahan video
  • Role play
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Grooming 101
  • Modul 2: Gaya Personaliti Diri
  • Modul 3: Teknik Memilih & Memadankan Warna Dalam Penampilan
  • Modul 4: Mengenali Bentuk Wajah dan Pengaruhnya Dalam Penampilan
  • Modul 5: Mengenali Bentuk Tubuh – Teknik dan Tips Berpakaian
  • Modul 6: Asas Penjagaan Kulit Wajah, Teknik Mekap Ke Pejabat & Teknik Penggayaan Hijab
  • Modul 7: Komunikasi Profesional
  • Modul 8: Etiket Di Meja Makan
  • Modul 9: Etiket Sosial dan Profesional

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor, 20 Julai 2017

 

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional, Kolej Yayasan Saad, Melaka, 22 Mei 2017

 

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional, JPJ, 8 & 9 Mei 2017

 

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional Guru, SMK Badak, 14 Januari 2017

 

Kursus Ketrampilan Diri & Etika Profesional Penjawat Awam , JKN Johor, 18 – 19 Dis 2016

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification