Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional | 28-29 Oktober 2017

Pada 28 – 29 Oktober 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional di Hotel Concorde Shah Alam. Kursus ini dijalankan secara eksklusif kepada lapan orang peserta lelaki yang terdiri daripada PA dan Pegawai Khas. Kursus ini menggabungkan tiga orang Trainer yang berkepakaran dalam bidang imej, etiket dan protokol iaitu Encik Ahmad Dan Bin Setafa, Puan Noraini Mohd Hanafiah dan Puan Raihan Abdul Rahman.

Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berkeyakinan untuk tampil di hadapan pelanggan dan orang ramai serta mampu menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dihadiri dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional

Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional

Para peserta kursus telah memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta ketrampilan sosial dalam menjalankan tugasan dan menghadiri majlis.

Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional

Selain itu, para peserta juga telah mempelajari tentang penampilan lelaki profesional dan ‘dress code’ dalam setiap acara dan tugasan. Peserta menunjukkan komitmen yang luar biasa dan mengambil bahagian dalam setiap sesi modul yang kebanyakannya berbentuk hands-on, praktikal  dan demonstrasi. Antara modul-modul berkaitan penampilan yang dipelajari adalah asas grooming, the impact of professional image, buiding your signature style, dress code, anatomy of suit, rules of accessories bagi lelaki dan teknik mengikat dan menggayakan teli leher.

Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional

Para peserta juga diberikan kemahiran bagaimana mempraktikkan etiket sosial dan bisnes ketika berurusan dengan VIP, tetamu, pelanggan, sesama rakan sekerja dan orang ramai. Selain daripada itu mereka mempelajari skrip dan laras bahasa dalam komunikasi profesional ketika berurusan.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas inisiatif mengadakan kursus ini dan terima kasih  di atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kelas eksklusif ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang luar biasa.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional ini:

  1. “Cara penyampaian penceramah Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional ini bagus, jelas, dan mudah difahami”. – Affendi Ibrahim
  2. “Penceramah mempunyai ilmu yang luas dan secara keseluruhan, program ini amat bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan”. – Syful Nizam Ibrahim
  3. “Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional sangat baik!” – Mohd Tarmizi Mohd Zuki
  4. “Pada pendapat saya, input daripada kursus ini sangat membantu saya dan ianya telah mencapai semua objektif kursus”. – Muhammad Taqiyuddin Abdullah Thaidi
  5. “Semua penceramah Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional ini sangat baik dan bagus”. – Mohd Azreen Abd Aziz
  6. “Penceramah bagus dan menghiburkan. Apa yang disampaikan oleh mereka mudah difahami. Program ini amat berguna untuk masa depan kerjaya saya”. – Mohd Faizal Omar
  7. “Pada pendapat saya, Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Imej Profesional ini bagus!” – Fandi Mohd Nafiah

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Tuesday, October 31st, 2017October 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *