Pada 27-29 Julai, selama 3 hari 2 malam telah berlangsung Kursus Corporate Grooming bersama kakitangan Kumpulan Rakyat Holdings.
Kursus ini diadakan bagi memberikan panduan dan teknik mengukuhkan imej profesional kakitangan Kumpulan Rakyat Holdings yang sering berurusan dengan pelanggan dan mewakili organisasi berjumpa pelanggan dan pihak luar.
Modul yang dikongsikan adalah termasuk teknik dan panduan berpakaian mengikut urusan termasuklah pemilihan suit, kemeja, blouse, baju kurung, gaya tudung dan rambut, aksesori, pemilihan warna yang tepat dan bersesuaian, kasut dan stokin, cermin mata, bagaimana cara mengenakan mekap untuk berurusan secara rasmi. Selain daripada itu para peserta juga mempelajari bagaimana cara menggunakan perkakasan dan kutleri ketika ‘evecutive fine dining’ dan etiket bertingkah-laku ketika di meja makan. Para peserta juga diberi panduan berkenaan skrip, laras bahasa dan ton suara ketika berkomunikasi dengan pelanggan serta etiket bisnes dan sosial ketika berhadapan dengan pelanggan.
Kami kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil ketika kursus berlangsung.