Kursus Perkhidmatan Pelanggan ‘First Class’ | PTPTN | 6 Mei 2017

Usah sekali-kali mengabaikan seorang pelanggan. Tiada apa pun alasan untuk berbuat demikian, walaupun kita mempunyai berpuluh-puluh orang pelanggan yang datang dan inginkan perkhidmatan kita. Hampir semua pelanggan mampu memahami kesibukan kita, dan kebanyakkannya akan sanggup menunggu jika kita berusaha untuk berkata sesuatu seperti, “Terima kasih kerana datang ke sini. Saya akan melayani Encik secepat mungkin.” atau “Terima kasih kerana menunggu dan kami mohon maaf atas kesulitan yang Tuan hadapi”. Hanya jika pelanggan terasa bahawa kita tidak tahu atau tidak peduli tentang kehadirannya yang akan besar kemungkinan menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, marah atau menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

kursus perkhidmatan pelanggan

Pada 6 Mei 2017, Tim Perunding Imej telah mendarat di Kuching, Sarawak dengan selamat, Alhamdulillah. Kami dijemput untuk berkongsi ilmu di Kursus Perkhidmatan Pelanggan ‘First Class’ anjuran PTPTN di Hotel Pullman, Kuching.

Kursus ini memberikan teknik berhadapan dengan jangkaan pelanggan, teknik komunikasi dan adab bersama pelanggan, serta bagaimana menangani pelanggan yang mencabar.

Tahniah buat semua kakitangan PTPTN yang datang dari seluruh Negeri Sarawak, atas komitmen luar biasa sepanjang kursus 1 hari ini di hujung minggu, untuk menimba ilmu bagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan sehingga mencapai kualiti yang ‘FIRST CLASS’.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan bengkel  ini :

  1. “Sangat terbaik dan awesome.Syed Qadir bin Wan Mohamad (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  2. “★★★★★  Terbaik, jelas dan masuk akal.”Shahrel bin Ramlee (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  3. “Sangat efektif & mudah difahami”Rachel Anak Edwin (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  4. “Seorang yang bersemangat menyampaikan ceramah, suara yang jelas dan isi kandungan ceramah yang berguna.” – Siti Rubiah Ariffin (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  5. “Penceramah sangat memberikan maklumat yang jelas dan ceramah yang seronok.” – Umee Merdiana binti Abu Seman (Pengurus Cawangan PTPTN)
  6. “Secara keseluruhan, setiap topik-topik yang dibincangkan begitu jelas dan boleh dipraktikkan di dalam situasi kerja.” – Mohd. Khairul Ariffin bin Bustaman (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  7. “Menarik dan sangat bagus.” – Nur Yasmin (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  8. “Terbaik, Peramah, mudah untuk memahami” – Syed Muhammad Othman bin Sayed Hussein (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  9. “Info yang amat berguna. Berkomunikasi dengan peserta dengan agak baik.” – Lionel Anak Abong (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  10. “Terbaik. Moga dapat dibuat untuk kesuluruhan staf.” – Mohammad Radfizul (Pengurus Cawangan PTPTN)
  11. “Peramah dan cara berkomunikasi amat bagus.” – Claudia Anak Asul (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  12. “Penceramah yang bagus dan bersemangat.” – Mattrix Ibrahim (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  13. “Baik dan membantu dalam menyelesaikan pergelutan dalam setiap kesulitan khidmat pelanggan.” – Muhammad Asyraf bin Rosli (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  14. “Penceramah berjaya menarik minat peserta dan tidak membosankan. Input yang sangat berguna.” – Muhammad Hanif bin Affendy (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  15. “Sangat memuaskan, memberi info berguna baru, banyak beri idea yang baru, pandai menarik perhatian dan tidak membosankan, mesej sampai.” – Josephine Anak Sylestine Usah (Penolong Pegawai Tadbir N29 UTC Sibu)
  16. “Penceramah sangat mesra dan ceramahnya sangat jelas.” – Norhayati binti Nor Kamal (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  17. “Penceramah yang sangat mesra, memahami apa ceramah yang disampaikan dan menjawab segala pertanyaan dengan baik.” – Dayang Fairuz binti Awang Baim (Pegawai Pemasaran PTPTN)
  18. “Terbaik.” – Izzatur Rahman bin Harun (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  19. “Secara keseluruhannya program mencapai matlamat.” – Yussuf bin Chik (Pengurus PTPTN)
  20. “Padat & bermanfaat.” – Norhikma binti Jemat (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  21. “Mampu menyampaikan ceramah dengan menarik dan berkesan.” – Norimah binti Amat Sailan (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  22. “Secara keseluruhan memuaskan dan terbaik.” – Nurul Afaliana Hafiza (Eksekutif Pemasaran PTPTN)
  23. “Ceramah yang diberikan adalah jelas.” – Hakimah binti Shafie (Pengurus Kanan Cawangan PTPTN)
  24. “Penceramah jelas dalam ceramah yang diberikan dan keseluruhan program sangat baik dan teratur.” – Mohammad Yusri bin Samat @ Shawal (Pengurus Cawangan PTPTN)
  25. “Seronok dan idea-idea bernas.” – Yaya Jamal (Eksekutif Pemasaran PTPTN)

Tuesday, May 16th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments