Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader| UiTM Puncak Alam | 5 November 2017

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah kualiti komunikasi, etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja nanti.

Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader

Pada 5 November 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam untuk mengendalikan Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader.

Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader

Kursus ini memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian temuduga bagi calon-calon lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh panel penemuduga. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah  jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.

Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga ditunjukkan teknik dan contoh menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga.

Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader

Para peserta seterusnya didedahkan dengan kes-kes benar secara realiti yang akan mereka hadapi di alam pekerjaan, yang melibatkan kesilapan-kesilapan dalam komunikasi dan etiket profesional. Para peserta diberikan prinsip penting dalam aplikasi komunikasi profesional termasuk pemilihan ayat, skrip, laras bahasa dan nada suara ketika berurusan secara formal.

Kursus Grooming

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini:

  1. “Penceramah seorang yang positif dan dapat menjadi inspirasi kepada saya. Program ini telah memberikan maklumat yang tidak dapat di tempat lain”. – Nurul Syaheerah Mohd Ruskeen
  2. “Penceramah berpengalaman dan program yang dilaksanakan ini sangat membantu saya untuk bersiap sedia untuk temuduga dan ketika berada di alam pekerjaan”. – Noorain Shahirah Abd Halim
  3. “Program yang menarik. Penerangan juga diberikan dengan jelas berserta contoh yang tepat”. – Intan Syahirah
  4. “Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini bagus. Banyak input yang saya perolehi” – Aida Atirah Abdul Wahib
  5. “Program Grooming For Tomorrow’s Leader ini sangat menarik. Penceramah bagus dalam menyampaikan ceramah” – Fatinaini Ayob
  6. “Program yang sangat menarik. Suara penceramah sangat jelas. Gaya pemakaian beliau juga kemas dan mencerminkan kredibiliti beliau.
    Pada pendapat saya, program ini memberi pendedahan yang sangat jelas untuk etika pemakaian”.
  7. “Penceramah mampu menyampaikan idea dengan jelas”. – Syamimi Wahab
  8. “Penceramah memberi maklumat dengan sangat jelas dan padat”.– Nurfathiesha Azureen Shamsudin
  9. “Program yang sangat bagus. Gaya penyampaian penceramah di dalam program Grooming For Tomorrow’s Leader jelas”. – Nurain Syahira
  10. “Penceramah program Grooming For Tomorrow’s Leader ini mampu menerangkan maklumat dengan jelas dan menarik”. – Nor Aziana Ahmad
  11. “Program yang sangat bagus!” – Danial Haikal
  12. “Penceramah Grooming For Tomorrow’s Leader ini menggunakan gaya penyampaian yang santai dan seronok”. – Zulhilmi Syauqi
  13. “Pada pendapat saya, penceramah berpengetahuan luas. Suaranya juga mampu menarik perhatian peserta”. – Nur Syahirah Hassan
  14. “Program Grooming For Tomorrow’s Leader yang sangat berinformasi!” – Nur Ain Mohd Asri
  15. “Program ini sangat bagus dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya”.
  16. “Penceramah di dalam program Grooming For Tomorrow’s Leader ini mampu menyampaikan idea dengan jelas”. – Noridayu Fazila Muhairi
  17. “Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini terbaik dan mudah difahami!” – Hanisah Amirah Hamzan
  18. “Cara penyampaian penceramah Grooming For Tomorrow’s Leader ini amat menarik”. – Mohamad Sa’adi
  19. “Ilmu di dalam program ini amat berguna dalam dunia pekerjaan” – Aimi Nabilah Ruzihan
  20. “Penceramah merupakan seorang yang menarik dan mempunyai gaya penyampaian yang efektif”. – Norafifi Che Ali
  21. “Program Grooming For Tomorrow’s Leader ini memang terbaik!” – Mohd Amirul Ashraf
  22. “Pada pendapat saya, penceramah berjaya menyampaikan kandungan program dengan jelas dan menarik”. – Nurul Farhana Zulkifli
  23. “Penceramah yang sangat proaktif. Secara keseluruhannya, program Grooming For Tomorrow’s Leader ini berjalan dengan baik dan berkesan”. – Nur Ain Ruhaiza Nawawi
  24. “Pada pendapat saya, penceramah program Grooming For Tomorrow’s Leader ini sangat berkaliber dan cara penyampaiannya juga jelas”. – Nurul Ayuni Mohsin
  25. “Penceramah amat friendly”. – Siti Amal Nooraina Abdul Manaf
  26. “Penceramah peramah dan baik. Program Grooming For Tomorrow’s Leader ini sememangnya berguna untuk masa hadapan”.
  27. “Program yang sangat baik!” – Eddry Amirul
  28. “Sangat mudah untuk berinteraksi dengan penceramah program Grooming For Tomorrow’s Leader ini.” – Roslina Abdul Razak

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 9th, 2017November 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *