Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam UTM Dalam Pembentukan Imej Profesional

Pada 24 Februari baru-baru ini,Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput dan diberikan kepercayaan oleh Intellixa Academy untuk mengendalikan Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional kepada 39 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Bahru.

Menjadi seorang pemimpin pelajar dan dilihat sebagai ‘role model’ kepada beribu pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ketrampilan dan pakej diri anda akan dinilai setiap masa dan menjadi satu keperluan yang kritikal untuk anda kekal relevan sebagai pemimpin yang diterima dengan segala jenis kebolehan melebihi pelajar biasa.

Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional
Ketrampilan dalam pengucapan awam bukan sekadar berani bersuara di khalayak, lebih dari itu adalah kemampuan dan kebijaksaan anda untuk menarik perhatian pendengar untuk meneliti seterusnya mengambil tindakan atas isu dan cadangan yang anda lontarkan.

Antara perkara yang akan dinilai adalah ketrampilan pengucapan awam anda dalam melontarkan dan membahaskan isu-isu yang terkini dan relevan dalam rangka membela kebajikan dan memperjuangkan hak para pelajar lain yang anda wakili.Maka, sangat penting untuk para pemimpin pelajar mempunyai kemahiran pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.

Ketrampilan dalam pengucapan awam bukan sekadar berani bersuara di khalayak, lebih daripada itu adalah kemampuan dan kebijaksanaan anda menyusun konten untuk menarik perhatian pendengar supaya mengambil tindakan atas isu dan cadangan yang anda lontarkan. Oleh itu amat penting bagi pemimpin pelajar ini mempunyai kemahiran menyusun isi dan konten ucapan dengan berkesan, serta bijak menggunakan ayat dan perkataan yang mampu merangsang dan mempengaruhi para pendengar untuk segera bertindak atas permasalahan dan cadangan yang dikemukakan.

Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional
Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berpengaruh kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Seni lontaran suara dan vokal yang padu, posture tubuh yang menarik dan berkesan serta kelebihan menarik perhatian pendengar dengan teknik metafora, konten marketing, formula ‘Matching’, formula penggunaan ayat dan perkataan ‘Multisensori’ dan teknik ‘Empat Penjuru’ adalah antara modul yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir dalam Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional ini .

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Sesungguhnya idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berpengaruh kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.

Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional
Memiliki kemahiran dalam pengucapan awam pastinya merupakan bonus yang mampu melonjakkan nilai sosial diri para pemimpin pelajar ini untuk menjadi ikon dan inspirasi dalam membawa nilai dan mutiara kebaikan yang diperjuangkan.

 

Penganjuran kursus ini secara serius dan komited oleh pemimpin pelajar yang pastinya bakal menjadi pemimpin masyarakat kelak merupakan satu usaha yang amat membanggakan. Apabila ahli Majlis Perwakilan Pelajar sebuah Universiti yang berreputasi tinggi dan hebat ini gigih mengambil inisiatif untuk memantapkan ilmu pengucapan awam berpengaruh, maka ianya adalah satu tindakan yang tepat, relevan dan dinamik dengan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai ‘role model’ dan wakil para pelajar dalam memperjuangkan hak dan kebajikan serta pembangunan diri para pelajar lain yang mereka wakili.

Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional
Ini dia orang kuat di sebalik penganjuran Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional ini. Tahniah kepada barisan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini!

Sebagai pemimpin pelajar dan agen perubahan yang paling dekat dengan para pelajar biasa, amat penting perwakilan pelajar yang memegang jawatan dan amanah di Universiti untuk sentiasa relevan dalam memperjuangkan kebajikan para pelajar dan mempengaruhi pelajar lain kepada nilai-nilai dan prinsip kebaikan. Memiliki kemahiran dalam pengucapan awam pastinya merupakan bonus yang mampu melonjakkan nilai sosial diri para pemimpin pelajar ini untuk menjadi ikon dan inspirasi dalam membawa nilai dan mutiara kebaikan yang diperjuangkan.

Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional
Tahniah kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Bahru. Skudai atas komitmen dan penyertaan luar biasa anda dalam Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional pada 24 Februari 2018.

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional ini :

  1. “This programme teach me how to arrange the content of speech and how to improve the tone of voice. It also remind me to take a few seconds to speech and control body language.” – Muhammad Afify Bin Alwi.
  2. “Program ini telah berjaya memberi semangat serta keberanian dalam membantu saya untuk bercakap di khalayak ramai. Dengan ilmu baru yang saya terima hari ini, iaitu ilmu menggunakan ton suara yang sesuai, intonasi suara, gaya badan, postur tubuh yang elok dan eye contact, saya lebih yakin dan berani untuk bertutur dengan baik.” – Siti Maisarah Binti Mohd Sairin.
  3. “This workshop helps me a lot to increase my level of confidence to talk in front of audience.” – Nur Syazwani Binti Rizal
  4. “I felt happy and blessed that i attend this programme because it is very resourceful.” – Muhammad Al Fateh Bin Muhammad Hizal.
  5. “Kini saya lebih yakin dan tahu bagaimana untuk mengatasi nervous. Banyak yang saya belajar tentang pengucapan awam, terlalu banyak sampai tidak terkata!” – Muhammad Faiq Bin Mohamed Faisal.
  6. “This progrmmed had helped me to enhance my self esteem skill, the right way gesture and the voice tone for a good public speaking.” – Khavileshwarhy Sathasivan.
  7. “It is very good session that I had attented. Banyak knowledge tentang pengucapan awam dan pengalaman yang saya dapati daripada sesi ini, saya akan implikasikan pada masa akan datang.” Nicky Laila Binti Abdullah.
  8. “Program ini memberikan input yang amat berguna untuk saya terutamanya dalam persediaan untuk mempengerusikan mesyuarat bersama pelajar dan staf. Saya juga tahu apa persediaan yang perlu dilakukan untuk membuat presentation. Saya juga sudah tahu untuk menggunakan jeda pernafasan apabila saya menjadi pengacara majlis.” – Nur Syahirah Binti Mohammad Shah
  9. “This workshop teaches me how to talk in front of others, how to control my nervous and shyness, how to talk in a short time given and the art of first impression!” – Nurul Najihah Binti Zanudin.
  10. “This programme make me more confident and excited to become a great leader!” – Nur Faizah Binti Abd Malek.
  11. “Program yang dijalankan pada hari ini sangatlah membantu saya di mana saya mendapat tahu pelbagi ilmu berkaitan cara pengucapan awam yang baik di samping memupuk keyakinan sebagai seorang pemimpin untuk berhujah. Sesungguhnya banyak ilmu yang saya pelajari dalam program ini sangat membantu saya meningkatkan keyakinan dan personaliti diri.” – Nursuhaili Najwa Binti Masrol.
  12. “Bengkel ini membuat saya terpesona dan telah membuka minda saya kepada perspektif yang baru tentang pengucapan awam!” – Muhammad Aqil Afzan Bin Roslee

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dalam Pembentukan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Monday, February 26th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments