Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM Pada 18 Februari 2019

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial pada 18 Februari 2019 yang lalu, bertempat di Aras 9, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Putrajaya.

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

Jutaan penghargaan kepada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial kepada kesemua kakitangan yang bertugas di Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya.

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakanKursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus  ini semoga memberikan motivasi dan menjadi inspirasi untuk menjayakan segala tugasan dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.

 

Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

Kursus Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM ini bertujuan untuk melengkapkan para petugas di Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknik dan tips berpakaian mengikut tema acara serta etiket sosial dan profesional.

Modul yang disampaikan adalah untuk meningkatkan imej profesional para penjawat awam yang bertugas  dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM

Selain daripada itu, objektif Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM ini adalah seperti berikut :

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM ini.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial KPM ini :

  1. Cemerlang dan berpengetahuan – Md Rasul Bin Haron – PP PUP
  2. Sangat memuaskan dan perlu diteruskan kepada bahagian lain – Azliza bt Aris – PT (P10)
  3. Penceramah berpengetahuan, penyampaian yang menarik perhatian – Emmy Dalina Abd Halim
  4. Modul yang menarik – Syarifah Nur Diana Abdul Rashid – Penolong Pengarah
  5. Penceramah sangat berbakat dan mahir dalam topik yang disampaikan. Program yang memberi manfaat dan penuh dengan info dan input yang diperlukan – Salina Binti Shuib – Penolong Pengarah
  6. Berpengalaman dalalm bidang ini – Muhammad Faidzul Azree Talib – Penolong Pengarah
  7. Bagus – Salmiah Bt Ahmad – PT Kenangan
  8. Sangat sesuai dan berpengetahuan – Mohamad Shihar Bin Ahmad
  9. Baik dan berpengetahuan – Ruslan Achok – Penolong Pengarah
  10. Pengisian amat baik – Mohd Jazril Yusoff Bin Mohamad – Penolong Pengarah
  11. Terbaik – Mohd Rezal Rashid – Pemandu
  12. Bagus – Rohaiza Bt Rozali – PP HEP
  13. Terbaik, menarik dan berguna untuk keyakinan diri – Muhammad Aminurrashid B. Othman – Pembantu Pengarah
  14. Penceramah menarik dan perkongsian kursus ini bermanfaat – Noor Azam – Penolong Pengarah
  15. Pengisian yang baik dan penceramah sentiasa melibatkan peserta dalam kursus – Akmal – Penolong Pengarah
  16. Bagus – Raja Atiqah – Penolong Pengarah
  17. Baik, tetapi sangat padat (kekangan masa) – Azliza Binti Arshad – Penolong Pengarah
  18. Baik – Faraanida Mobin – Penolong Pengarah
  19. Sangat bagus – Mardiana Bt Sumardi – Pembantu Tadbir
  20. Sangat bagus, penambahan ilmu baru untuk penggunaan seharian – Haziah Yun Othman – KPT
  21. Menarik dan mudah dihadam – Nur Azian Binti Abdul Aziz – Pegawai Eksekutif
  22. Berpengetahuan luas dalam bidang diceburi – Nurhidayah Binti Che Yeop – Penolong Akauntan

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, February 22nd, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments