Kempen Indah Menutup Aurat

Pada 15 Februari 2014 yang lalu, saya telah dijemput menyampaikan ceramah dalam majlis Kempen Indah Menutup Aurat’  di Dewan An Nur SMKA Dato’ Haji Abu Hassan, Pedas, Negeri Sembilan, anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam,Negeri Sembilan. Antara panel penceramah yang turut menjayakan program ini adalah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Antara perkara yang sempat saya kongsikan dengan peserta adalah berkaitan kriteria penampilan yang baik dan mesej yang ingin disampaikan di sebalik penampilan yang menutup aurat.

Screen Shot 2014-02-17 at 2.55.58 PM

Kriteria penampilan yang baik adalah penampilan yang mampu mendatangkan rasa hormat orang lain terhadap diri seorang individu, memperlihatkan keyakinan dirinya dan mampu meyakinkan dan mempengaruhi, malah mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

Adalah satu kerugian bagi seorang individu yang mempunyai nilai-nilai yang hebat dalam dirinya, namun tidak dipakejkan dengan penampilan luaran yang benar-benar mencerminkan segala mutiara dalam dirinya.

Ketika saya mengambil kursus pentauliahan sebagai seorang konsultan imej, yang modulnya sudah tentu berasal dari barat, salah-satu prinsip penampilan yang ditekankan dalam pembelajaran adalah, ‘the more skin you cover, the more serious you are’. Ungkapan ini membawa maksud, semakin banyak seseorang itu menutup bahagian tubuhnya, semakin serius dan semakin bermaruah dirinya. Ini kerana di Barat mereka mempunyai pilihan dalam pemakaian mereka, sama ada untuk banyak menutup atau mendedahkan tubuh mereka. Dengan ini kita akan faham ketika mereka memakai pakaian yang banyak menutup bahagian tubuh, mereka sedang menyampaikan mesej bahawa mereka ingin dilayan sebagai seorang wanita yang serius dan bermaruah, begitu juga sebaliknya.

Sungguh mulia agama Islam kerana dalam Al-Quran, wanita Islam hanya diberi satu pilihan dalam pemakaian dan penampilan, iaitu hanya untuk menyampaikan mesej kepada orang lain bahwa mereka adalah wanita bermaruah.

Kerana itu setiap apa yang kita pakai adalah mesej kepada orang lain. Jenis pakaian kita, sama ada labuh, panjang, ketat, nipis, jarang, warna, fesyen, kasut, ikatan tudung, mekap dan segala-galanya adalah mesej kepada mata yang memandang, dan mesej yang disampaikan melalui pakaian dan  penampilan kita adalah lebih ‘powerful’ daripada mesej yang kita ungkapkan melalui lidah kita.

Screen Shot 2014-02-17 at 2.56.12 PM  Screen Shot 2014-02-17 at 2.56.21 PM

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan ‘Kempen Indah Menutup Aurat’ ini, serta semua peserta yang hadir dan mengambil bahagian. Sesungguhnya Islam itu indah dan alangkah beruntungnya orang-orang yang berjaya menemui keindahannya dan mengaplikasikan segala keindahan ajaran Islam ini dalam setiap inci kehidupannya.

Monday, February 17th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments