Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri UiTM | Bank Rakyat Edu Fair | 27 November 2018

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri UiTM Bersempena Bank Rakyat Edu Fair Pada 27 November 2018

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk menyampaikan Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri UiTM pada 27 November 2018 yang lalu  kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains, Komputer & Matematik Uitm Uitm  bertempat di Dewan Al-Ghazali, UiTM Shah Alam.

Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini adalah slot khas ntuk menyampaikan perkongsian berkenaan modul  Kerjaya Dan Penataan Imej Diri kepada para peserta yag hadir, di mana slot ini dijadualkan bersempena Simposium Kewangan Islam anjuran UiTM dengan kerjasama Bank Rakyat yang turut menganjurkan BR Edu Fair pada tarikh 27 November 2018 tersebut.

Ceramah Kerjaya

Ceramah Kerjaya

Objektif slot ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian serta mengetahui cara menghasilkan resume yang berkualiti yang akan membuka peluang untuk dipanggil temuduga kerja.

Bukan sekadar hanya untuk terpilih dipanggil menghadiri temuduga, slot Ceramah Kerjaya ini juga memberikan pendedahan berkaitan alam pekerjaan yang bakal dilalui kelak oleh para pelajar. Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ seawal kehidupan di universiti dan kolej agar para peserta yang kebanyakannya merupakan pelajar tahun akhir ini lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.

Ceramah Kerjaya

Ceramah Kerjaya

Dalam slot ceramah kerjaya ini, penceramah memberikan pendedahan pemakaian dan penampilan secara terperinci, dengan menunjukkan contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan.

Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah  pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.

Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.

Ceramah Kerjaya

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga didedahkan dengan teknik penulisan resume dan etiket sosial yang akan melonjakkan nilai pasaran diri.

Ceramah Kerjaya

Ceramah Kerjaya

Ceramah Kerjaya

Sekalung penghargaan kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini :

  1. It is a great program. All the speakers know how to attract students to keep listening till the end of program.-Syahirah Binti Suhaimi.-Pelajar.
  2. Very informative and well presented.-Mohamad Aiman Bin Mohd Arif.-Pelajar.
  3. Penceramah, Puan Raihan sangat optimistik dan bersemangat.-Izzah Jazmin Binti Mohd Haini.-Pelajar.
  4. Program ini sangat memberi informasi dan penceramah sangat bagus dalam penyampaian.-Siti Sarah Binti Mohd Lizan.-Pelajar.
  5. Sangat santai dan sangat berguna untuk saya digunakan pada masa hadapan.-Nadia Nabilah Binti Ishak.-Pelajar.
  6. Penyampaian yang lancar dan tepat.-Aiman Faiz.-Pelajar.
  7. Beneficial, interesting and informative.-Nurziehan Binti Zainal.-Pelajar.
  8. Sangat berkeyakinan dan bagus.-Faiznor Bin Jaafar.-Pelajar.
  9. Cemerlang.-Siti Balqis Binti Razali.-Pelajar.
  10. Berkaliber.-Muhammad Akiff Bin Zubir.-Pelajar.
  11. Sangat membuka mata dan minda.-Daing Mohd Asyraf.-Pelajar.
  12. Terbaik.-Ahmad Danial Bin Ahmad Rusli.-Pelajar.
  13. Pengisian amat baik.-Nurisha Aidilla Binti Shafriman.-Pelajar.
  14. Bagus.-Amirah Huda Binti Amirhakim.-Pelajar.
  15. Hebat.-Hamizah Binti Ahmad Latfi.-Pelajar.
  16. Fabulous!.-Elysa Afraz.-Pelajar.
  17. Very good.-Amin Madzli.-Pelajar.
  18. Terbaik!-Nur Alfina Ainin Binti Hussien.-Pelajar.
  19. Sangat bagus.-Batrisyia Binti Muhammad Lotrfi.
  20. Penyampaian sangat berkesan.-Nur Amalina Binti Rahman.-Pelajar.
  21. Very good. I enjoy it.-Syaza Najwa Binti Ahmad Azmee.-Pelajar.
  22. Sangat bagus.-Mohd Yusof Bin Zakuwan.-Pelajar.
  23. Bagus dan sangat baik.-Muhammad Qayyim Bin Esa.-Pelajar.
  24. Menarik dan seronok.-Noor Fitriah Binti Yusof.-Pelajar.
  25. Menarik dan berilmu.-Nur Aida Syahindah Binti Nor Hazmey.-Pelajar.
  26. Bagus.-Abbas Afify Bin Abdul Bari.-Pelajar.
  27. Fun!-Alia Binti Ismail.-Pelajar.
  28. Best.-Noor Shakila Binti Mohd Shofi.-Pelajar.
  29. Good.-Nur Izzati Nabilah Binti Mohamad Zaini.-Pelajar.

Anda berminat untuk mengadakan Ceramah Kerjaya ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, November 28th, 2018November 28, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.