Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS | 28-29 Mac 2018

Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS – Tim Perunding Imej Malaysia dilantik sebagai konsultan untuk mengendalikan Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS selama 2 hari iaitu pada 28 hingga 29 Mac 2018 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam, Selangor. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen hebat anda selama dua hari memantapkan ilmu dan kemahiran dalam kursus ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan da para pegawai kanan PKNS.

Bagaimana cara anda dipandang akan menentukan bagaimana cara organisasi anda dipandang. Cara organisasi dipandang akan memberi kesan dan pengaruh besar kepada jenama dan reputasi organisasi. Semua kakitangan dalam organisasi terutamanya pihak pengurusan tertinggi perlu peka dan mengambil berat terhadap bagaimana para pelanggan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka menilai diri mereka. Penilaian orang lain bukan hanya sekadar kepada profesionalisme dan kualiti cara kita bekerja.

Profesionalisme dapat dilihat semasa kerja dilakukan dan cara tugas dijalankan.  Tiada siapa yang boleh merampas kepakaran, kelayakan profesional, pengetahuan ataupun pengalaman kita.  Namun, maksud profesionalisme adalah lebih luas daripada  kelayakan, pengetahuan dan pengalaman yang ada.  Profesionalisme termasuklah juga imej keseluruhan yang kita tampilkan, Profesionalisme kelihatan bukan sahaja daripada segi intelektualiti, malah dari segi visual.  Bagi menampakkan yang kita adalah seorang yang profesional, kita perlu memberi perhatian yang serius kepada gaya berpakaian.  Pastikan  orang yang berurusan dengan kita sedar dan nampak mesej yang kita adalah  seorang yang profesional melalui penampilan kita. Pastikan diri kita berpenampilan sebagus kelayakan, kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan nilai-nilai positif yang ada dalam diri kita.

Seorang pegawai kanan yang profesional perlulah menyampaikan mesej yang tepat berkenaan dengan profesion kerjayanya  dan reputasi organisasinya secara ikhlas dan konsisten.  Berikan persepsi yang tepat  kepada orang lain melalui penampilan dan etiket sosial kita bahawa apabila  mereka berurusan dengan kita, mereka sedar yang kita adalah seorang yang bagus dalam menjalankan tugas. 

Reputasi dan kredibilIti organisasi/syarikat banyak bergantung kepada profesionalisme para pegawai kanan ini, termasuk penampilan diri dan personaliti komunikasi mereka. Dalam dunia kerjaya, menjadi seorang yang profesional dan berketrampilan merupakan perkara yang sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan syarikat.

Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNSKursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNSKursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS

Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS ini memberikan 7 modul utama dalam ilmu ketrampilan dan personaliti diri profesional. Para peserta bukan sekadar diberikan kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik untuk membolehkan kemajuan mereka dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya, malah para peserta disuntik motivasi dalaman diri untuk membenihkan rasa perlu kepada penambahbaikan imej dan personaliti demi masa hadapan mereka serta melonjakkan pakej dan nilai diri mereka dan syarikat agar kekal relevan dan berkredibiliti dalam industri.

Alhamdulillah, semoga semua peserta yang hadir berjaya melakar kejayaan yang hebat dalam membina imej personaliti dan nilai profesional diri yang cemerlang seterusnya melonjakkan reputasi dan kredibiliti syarikat.

Kursus Profesionalisme Dalam Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial PKNS

Kami Tim Perunding Imej Malaysia berharap agar setiap peserta yang hadir dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan dalam Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes ini demi masa hadapan mereka dan syarikat. Kami juga mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini demi keuntungan dan reputasi syarikat, in sha Allah.

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, April 6th, 2018April 6, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *