Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader | KVSAS | 16 November 2017

Pada 16 November 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad untuk mengendalikan Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan ilmu berkaitan penampilan, komunikasi kerja dan etiket profesional kepada para pelajar daripada fakulti pentadbiran perniagaan dan fakulti seni kulinari yang akan memulakan latihan industri atau OJT (On The Job Training) pada akhir November 2017 ini.

Kursus Grooming

Modul-modul yang dikongsikan termasuklah pemantapan penampilan diri secara profesional, sesi demonstrasi gaya pemakaian mengikut dress code formal, corporate dressing/business attire, semi formal/smart casual dan casual.

Kursus Grooming

Para peserta juga didedahkan bagaimana etiket berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja, majikan dan pelanggan termasuklah pemilihan ayat dan nada suara bersesuaian. Melalui latihan menganalisa skrip komunikasi, mereka melihat kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam pertuturan di kalangan para peserta, dan mereka ditunjukkan ciri-ciri pertuturan yang profesional, matang dan mampu meningkatkan kredibiliti dan karisma diri.

Kursus Grooming For Tomorrow's LeaderKursus Grooming For Tomorrow's Leader

Kursus Grooming

Pendedahan ilmu dan kemahiran ini adalah sebagai langkah persediaan mereka menjadi seorang pekerja profesional semasa menjalani latihan dalam industri seterusnya apabila keluar bekerja suatu hari nanti. Kami mendoakan kesemua peserta akan dapat mengaplikasikan kesemua ilmu dan teknik yang dipelajari ini dengan baik seterusnya mampu menjadi pekerja yang diidamkan oleh semua majikan.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini:

  1. “Pada pendapat saya, kursus ini sangat baik dan banyak ilmu pengetahuan baru yang saya dapat”. – NurHaziqah Hairuddin
  2. “Penceramah Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini menyampaikan idea beliau dengan jelas dan mampu menarik minat kami”. – Nurul Airien Kamaruzaman
  3. “Penceramah seorang yang peramh. Isi kandungan slide beliau juga menarik”. – Kausalya Ganesan
  4. “Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini sangat membantu untuk masa akan datang”. – Muhammad Afif Mohd Isa
  5. “Penceramah menerangkan isi dan maklumat secara terperinci dan jelas”. – Miza Aqilah Abdul Rahman
  6. “Bagus! Topik dan penjelasan yang diperolehi dalam Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini mudah difahami”. – Kuck Dwee Min
  7. “Pada pendapat saya, penceramah mempunyai karisma dan gaya percakapan yang baik”. – Najihah Natasha
  8. “Penceramah Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini kelihatan berpegalaman, yakin, dan berilmu”. – Raja Nur Fatihah
  9. “Maklumat yang disampaikan oleh penceramah kursus ini mudah difahami dan sangat membantu”. – Nurul Balqis Dhaniyah Azman
  10. “Penerangan yang diberikan oleh penceramah sangat jelas”. – Husna Mohammad Arus
  11. “Penyampaian maklumat oleh penceramah Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader ini bagus!” – Nurnajwazayyana Mohd Aziz
  12. “Penceramah kursus ini baik, jelas, dan menarik”. – Nurul Najwa Khairul Nizam
  13. “Kursus Grooming For Tomorrow’s Leader yang hebat dan bagus!” – Hemahnathan A/L Aruldas

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Tuesday, November 21st, 2017November 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *