Bengkel Pengurusan Bos, Setiausaha dan Diari | UTM Space | 3 & 4 April 2017

Bengkel Pengurusan Bos, Setiausaha dan Diari  telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 dan 4 April 2017 di Hatten Hotel Melaka. Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh UTM Space untuk mengendalikan Bengkel Pengurusan Bos, Setiausaha & Diari di sini.

Keseronokan jelas terpancar di wajah para setiausaha yang hadir dalam bengkel ini. Dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada Bos masing-masing, sesekali dapat menghirup udara dan suasana yang damai dan indah sambil mengasah skil dan menambah ilmu serta kemahiran dalam memantapkan kerjaya.

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Para Setiausaha yang hadir dihantar oleh organisasi masing-masing dari seluruh Malaysia, tekun mendengar dan mempelajari segala teknik dan ilmu yang disampaikan.

 

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Aktiviti-aktiviti dalam bengkel yang menceriakan para peserta, Taknaklah stres lagi di sini, FUN learning ! Sambil belajar dapat menambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman, rugilah tak berkongsi ilmu ada peserta yang otai di sini sudah lebih 30 tahun bertugas sebagai setiausaha !

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki  kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Group pembelajaran yang kecil dalam bengkel ini digunakan semaksimumnya untuk Puan Raihan memberikan sebanyak-banyaknya ilmu dan mengcungkil segala potensi hebat yang ada dalam diri para Setiausaha yang hadir.

Terima kasih kepada pihak Utm Space di atas kepercayaan yang diberikan dan setinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Modul-modul yang disampaikan adalah pengisian terkini berkaitan kemahiran pengurusan kerja seorang Setiausaha profesional, merangkumi kemahiran komunikasi dengan bos, VIP, staf, tetamu dan pelanggan.  Mereka juga didedahkan dengan etiket sosial dan bisnes dalam membawa diri sebagai Duta organisasi dan bos, serta motivasi dalaman diri dalam melonjakkan mutu perkhidmatan serta mendepani cabaran kerja.

Komitmen mereka sepanjang dua hari bengkel amat luar biasa !

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

bengkel pengurusan bos
Semoga ukhwah yang terjalin antara para peserta dapat dimanfaatkan untuk saling memotivasikan antara satu sama lain demi manfaat kerjaya dan organisasi masing-masing….

 

Friday, April 21st, 2017April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *