Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Profesional | Angkasa | 28-29 November 2017

Pada 28-29 November yang lalu telah berlangsung Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Profesional bersama warga ANGKASA. Selama dua hari Tim Perunding Imej Malaysia berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan Imej Profesional dan Pengurusan Majlis Rasmi.Penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran dan teknik pengurusan majlis rasmi supaya lebih ramai pegawai dan kakitangan kementerian/ jabatan/agensi kerajaan, swasta, GLC, NGO dan sebagainya lebih yakin dalam pengurusan majlis rasmi kerajaan.

Kursus Pengurusan Majlis

Matlamat akhirnya ialah dapat menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Pengurusan Majlis
Imej dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.

Kursus Pengurusan Majlis

Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Pengurusan Majlis

Kursus ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan personaliti dan etiket profesional.

Kursus Pengurusan Majlis

Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Pengurusan Majlis

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta membina kredibiliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial.

Kursus Pengurusan Majlis

Pendekatan interaktif dan ‘experiential’ dengan memberi penekanan aspek teori dan amali melalui ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play dan demonstrasi.

Kursus Pengurusan Majlis

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. “Penyampaian penceramah yang sangat baik dan jelas”. – Yusnita Md.Yusuf (Penolong Pegawai Kerja)
  2. “Secara kesuluruhan penceramah dapat menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan”.– Norasimah Yahya (Pegawai Angkasa Negeri)
  3. “Penyampaian penceramah kursus ini mudah difahami”.-Nurul Ashikin Mohd Jais (Pegawai Angkasa Negeri)
  4. “Kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej professional ini sangat baik dan memuaskan”. – Subaidah Baharuddin (Pegawai Angkasa Negeri)
  5. “Penceramah begitu bagus dalam penerangan yang diberikan”. – Norhafiza Mat Piah (Penolong Pegawai Kerja)
  6. “Penyampaian penceramah yang jelas dan sangat teratur”. – Nor Atiqah Mohamed (Pegawai Angkasa Negeri)
  7. “Penceramah mudah memberi kefahaman kepada pendengar”. – Halimah Raudhah Hj Masi’at (Penolong Pegawai Kerja)
  8. “Kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej professional ini sangat mantap”– Muhamad Izzat Zainol (Pegawai Angkasa Negeri)
  9. “Penceramah kursus ini sangat mahir dalam bidang mereka”.Muhamad Nizam Eusope (Pegawai Angkasa Negeri)
  10. “Sangat bagus Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Professional ini diadakan”. Irwani Abd Malik (Penolong Pegawai Kerja)
  11. “Kursus ini sangat baik dan bermanfaat untuk saya”. – Norshila Jusoh (Penolong Pegawai Kerja)
  12. “Sangat bagus penyampaian ceramah dan mudah difahami”. – Nur Shafinee (Penolong Pegawai Kerja)
  13. “Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Professional ini amat baik dan sangat berguna”. – Wan Zuraida Wan Muhammad (Penolong Pegawai Kerja)
  14. “Banyak membantu dan sangat berguna untuk saya”. – Rohaizan Ab Ghani (Penolong Pegawai Kerja)
  15. “Penceramah kursus ini terbaik dan sempoi”. -Azbullah Alli (Penolong Pegawai Kerja)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, December 4th, 2017December 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *