Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja Majlis Bandaraya Johor Bharu Pada 12 -15 Julai 2020

Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja Siri 1 dan Siri 2.

Alhamdulillah, pada 12-15 Julai 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah diberi amanah oleh pihak UTM Space untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja Siri 1 dan 2 kepada warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bharu.

Penganjuran Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja ini adalah untuk membantu organisasi untuk memantapkan tahap pengurusan di pejabat, khususnya melibatkan aspek pengurusan am pejabat, asas pentadbiran sumber manusia berkesan, dan kemahiran interpersonal korporat serta komunikasi lisan dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagi memastikan tahap pengurusan yang bertaraf antarabangsa dan setanding dengan negara maju.

Antara aspek yang diberikan tumpuan adalah keberkesanan penyampaian perkhidmatan, pengurusan organisasi yang cekap dan pengurusan integriti serta tahap komunikasi yang lebih tersusun dan berkesan.

Pengurusan pejabat yang berkesan bermula dari pembahagian tugasan yang sistematik dan strategik. Sistem yang hebat perlukan kekuatan sumber manusia yang profesional dari segi penguasaan bidang kerja secara teknikal dan kekuatan nilai moral dan integriti. Kursus ini menekankan keseimbangan dan kecemerlangan kedua-dua aspek untuk mencapai kejayaan dan keberkesanan organisasi.

Kursus Pengurusan Pejabat

Kursus Pengurusan Pejabat

Kursus Pengurusan Pejabat

Kursus Pengurusan Pejabat

Objektif kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Mendedahkan asas-asas pengurusan kerja di pejabat yang sistematik dan berkualiti.
  2. Membantu para peserta mengurus masa dan keutamaan dalam melaksanakan tugasan di pejabat.
  3. Melatih pegawai dan staf organisasi supaya memiliki kemahiran komunikasi di pejabat yang berkesan bagi mengharmonikan suasana bekerja seterusnya memaksimumkan produktiviti dan keuntungan organisasi.
  4. Peserta mampu mengaplikasi pengurusan sumber manusia dan pengurusan emosi yang berkesan bagi kecemerlangan organisasi.

Antara modul yang disampaikan dalam kursus ini adalah :

  1. PENINGKATAN PERIBADI DI TEMPAT KERJA
  2. MENGURUS TUGASAN DAN  PRIORITI DI PEJABAT
  3. PENGURUSAN MASA: MENGURUS KEUTAMAAN
  4. MENGURUS EMOSI & KONFLIK DI PEJABAT
  5. ETIKET SOSIAL DAN ETIKET BISNES DI PEJABAT

Kursus Pengurusan Pejabat

 

 

 

 

Kursus Pengurusan Pejabat

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Pejabat : Hebat Di Tempat Kerja ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Thursday, July 16th, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.