Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan | Felcra Berhad | 2-4 Mei 2018

 

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Felcra Berhad untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan kepada hampir 40 orang Pengurus Kawasan Felcra Berhad di seluruh Malaysia. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 2 Mei dan berakhir pada 4 Mei ini berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah juga atas komitmen hebat setiap peserta yang hadir selam 3 hari 2 malam ini untuk menimba ilmu.

Para peserta terdiri daripada Pengurus Kawasan yang antara rutin tugasan mereka adalah sering memberikan ucapan sama ada berbentuk taklimat dan arahan kerja, pembentangan laporan, mengendalikan mesyuarat dan banyak lagi urusan yang mereka perlu tampil berucap. Mereka bukan sekadar memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menyampaikan ucapan, malah mereka perlu mahir dengan teknik dan kreativiti menarik perhatian audien untuk mendengar ucapan mereka dan melaksanakan arahan kerja dengan berkesan.

Pengurus-pengurus kawasan ini bukan sekadar memberikan arahan, penerangan, laporan dan taklimat tugasan, namun dalam ucapan mereka perlu memberikan motivasi, inspirasi, pemahaman dan semangat untuk memastikan objektif hasil kerja tercapai.

Mereka juga memerlukan teknik menyusun konten dan ‘flow’ ucapan yang berkesan serta berpengaruh, mahir menggunakan ayat dan laras bahasa yang pelbagai dan multisensori untuk disesuaikan dengan audien mereka yang terdiri daripada staf di kalangan warga tempatan dan warga asing, audien yang terdiri daripada peserta felcra daripada pelbagai lapisan umur, dan dengan audien yang terdiri daripada tetamu agensi luar, VVIP dan pihak atasan.

Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

 

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.

 

 

Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.

 

Kursus pengucapan awam ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh yang mantap dan berpengaruh. Seni lontaran suara dan vokal yang padu, posture tubuh yang menarik dan berkesan serta kelebihan menarik perhatian pendengar dengan teknik metafora, konten marketing, formula ‘Matching’, formula penggunaan ayat dan perkataan ‘Multisensori’ dan teknik ‘Empat Penjuru’ adalah antara modul yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir dalam Bengkel Transformasi Ketrampilan Pengucapan Awam Dan Ketrampilan Bertutur Profesional ini.

Kursus Pengucapan Awam Pengurus Kawasan

 

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengucapan Awam ini :

  1. “Input daripada Kursus Pengucapan Awam ini banyak membantu saya dalam memperbaiki ucapan”. – SHAHRIZAL BIN ASMAWI- Pengurus Kawasan
  2. “Pengisian kursus yang baik dan berkesan”. – ROHIMI BIN NIK MAT – Pengurus Kawasan
  3. “Penceramah kursus ini telah mengendalikan kursus dan berkomunikasi dengan baik kepada semua peserta kursus”. – KHOLID BIN OSMAN –Pengurus Kawasan
  4. “Kursus pengucapan awam ini sangat baik bagi meningkatkan keyakinan diri saya dalam pengucapan”. – AHMAD NAZRE BIN YACOB-Pengurus kawasan
  5. “Kursus yang sangat baik dan penyampaiannya mudah difahami”. – ZULKIFLI BIN SULONG –Pengurus Kawasan
  6. “Kursus pengucapan awam ini sangat baik dan membantu saya”. – BUKHARI BIN ABD. LATIF – Pengurus Kawasan
  7. “Excellent !”- MAT SUNDARI BIN SURATMAN – Pengurus Kawasan
  8. “Penceramah kursus yang amat menyenangkan”. – ABU ZAID BIN MANAP – Pengurus Kawasan
  9. “Kursus yang bagus dan penceramah yang bertenaga dalam penyampaian”. – BASHARUDIN BIN RAMLI –Pengurus Kawasan
  10. “Cara penyampaian penceramah kursus pengucapan awam ini amat baik dan mudah difahami”. – SOBRI BIN MAN – Pengurus Kawasan
  11. “Kursus yang amat baik dan berkesan”. – ZAINUDDIN BIN MAAROF – Pengurus Kawasan
  12. “Keseluruhannya kursus pengucapan awam ini amat cemerlang!” – ZULKIFLI BIN HASAN – Pengurus Kawasan
  13. “Penyampaian kursus sangat baik”. – NOR AZMI BIN AHMAD – Pengurus Kawasan
  14. “Pengisian yang sangat baik”. – MD ALI BIN TALIB – Pengurus Kawasan

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Saturday, May 5th, 2018May 5, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *