Bengkel Pembangunan Setiausaha MCMC | UTM Space | 15-17 Disember 2017

Pada 15-17 Disember 2017, Tim Perunding Imej Malaysia diberi amanah oleh pihak UTM Space untuk mengendalikan Bengkel Pembangunan Setiausaha MCMC, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Menjadi seorang Setiausaha yang profesional lebih dari sekadar cekap menguruskan keperluan dan diari Bos. Apa yang membezakan seorang Setiausaha yang profesional dan berjaya melonjakkan kerjanya ke tahap paling tinggi adalah sikap pro aktif dan pakej diri yang bernilai serta personaliti yang hebat.

Bengkel Pembangunan Setiausaha ini mendedahkan teknik dan kemahiran menjadi seorang Setiausaha profesional yang diidamkan oleh semua Bos.

Tim Perunding Imej Muslimah mendoakan kejayaan yang cemerlang buat semua peserta yang hadir. Tahniah kepada kumpulan terbaik dan peserta terbaik, tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang luar biasa dan setinggi tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program yang hebat ini.

Bengkel Pembangunan Setiausaha

Penganjuran bengkel ini juga adalah untuk memindahkan kemahiran dan teknik bagaimana menjadi seorang setiausaha yang berkredibiliti dan bergaya, seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.

Bengkel Pembangunan Setiausaha

Matlamat akhirnya ialah dapat melengkapkan seorang setiausaha dengan ilmu dan teknik untuk menjalankan tugas-tugas dengan lancar, kemas dan tersusun di samping memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.

Bengkel Pembangunan Setiausaha

Melalui bengkel ini juga, para peserta akan dapat mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, mengenal personaliti yang tepat serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, dan bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat.

                         Bengkel Pembangunan Setiausaha    Bengkel Pembangunan Setiausaha     Bengkel Pembangunan Setiausaha

Selain itu, para peserta juga akan mahir dalam 12 etika asas di tempat kerja, dapat mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, serta memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta cara mengendalikannya.

                         Bengkel Pembangunan Setiausaha   Bengkel Pembangunan Setiausaha    Bengkel Pembangunan Setiausaha

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, December 21st, 2017December 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *