Muslimah Personal Image Empowerment
Perunding Imej Muslimah telah dijemput untuk mengendalikan Slot ‘Muslimah Personal Image Empowerment’ pada 22 Mei 2016 yang lalu di Masjid Batu 10 Cheras.
Objektif perkongsian adalah membincangkan kekeliruan masa kini ‘hijabista VS over the top’ dan mengupas aspek personaliti kewanitaan menerusi pemakaian yang elegan dan sederhana.
Level Imej Muslimah bukan biasa-biasa tetapi WINNER dan PROFESIONAL. Imej seorang muslimah yang perlu dipaparkan melalui penampilan, komunikasi dan tingkah lakunya seharusnya membuahkan perasaan tenang dan menggembirakan pada hati manusia lain yang berurusan dengan mereka.
Dalam slot ini, para peserta dibawa menggali personaliti terbaik diri sebagai muslimah yang kekal patuh syariah dan relevan dalam arus kemodenan.