Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | 12-15 April 2019

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA 2019 – Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput sebagai penyedia khidmat latihan kepada Lembaga Pemasaan Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengendalikan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA 2019 yang berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu pada 12 hingga 15 April 2019.

Kursus ini berlangsung di Bilik Rafflesia, Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Alhamdulillah kami berpeluang berkongsi ilmu dan aktiviti-aktiviti menarik bersama 28 orang Setiausaha FAMA cantik dan segak yang datang dari seluruh Malaysia untuk berkampung berkursus selama 4 hari 3 malam di bumi Kenyalang ini.

Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus yang istimewa ini.

 

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Antara pengisian yang telah Tim Perunding Imej Malaysia  kongsikan kepada para setiausaha dalam kursus ini adalah menerokai dan mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, cara mengenali personaliti serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat, berpengetahuan dan mahir dalam 12 etiket asas di tempat kerja, bagaimana mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, teknik mengenalpasti potensi diri, kekuatan, kelemahan dan konsep keterbukaan minda serta kemahiran memahami profail diri dan bos serta cara mengendalikannya.

Kursus ini padat dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik, antaranya :

AKTIVITI BERKREDIBILITI DENGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KOMUNIKASI 

   Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA  Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA    Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA

AKTIVITI GAYA KOMUNIKASI

            

AKTIVITI PEMANTAPAN IMEJ & KETRAMPILAN DIRI SETIAUSAHA

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA          Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA  Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA

LAWATAN KE IBU PEJABAT FAMA SARAWAK DAN PASAR SATOK 

     Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA  

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA  

      

 

TALK SHOW :

 Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA

Malam penghargaan kepada para Setiausaha yang banyak berjasa dan memberi sumbangan.
Perkongsian pengalaman daripada setiausaha ‘otai’ dan baru. Lima o
rang peserta yang terdiri daripada setiausaha berpengalaman akan dipilih oleh penceramah untuk berkongsi pengalaman, kemahiran, peluang dan cabaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai seorang setiausaha. Sesi soal jawab oleh peserta lain dan setiausaha terpilih.

LAWATAN KE PASAR SERIKIN SARAWAK DAN KEDAI KEK LAPIS WARISAN

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA  Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA     

     

MAKAN MALAM DI TOPSPOT FOOD COURT

AKTIVITI DALAM MODUL MENGHADAPI CABARAN DALAM MENINGKATKAN PRESTASI KERJA CEMERLANG

    

Tahniah kepada pemenang aktiviti berkumpulan

Terima kasih kepada pihak Lembaga Pemasaan Pertanian Persekutuan (FAMA) di atas kepercayaan yang diberikan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus yang mengujakan ini. Setinggi penghargaan Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.

Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat FAMA 2019 ini :

1.Pada keseluruhannya program ini adalah berjaya dan bermanfaat – Fazarina Binti Spaiee – Pembantu Tadbir

2.Penceramah memberikan contoh situasi yang mudah difahami – Wardiana Najihah Hashim – Setiausaha Pejabat

3.Penceramah tidak membosankan, penyampaian yang bagus, penguasaan idea-idea yang mantap – Aisiah Mohamad Ishak – Setiausaha Pejabat

4.Sangat memuaskan – Isma Azriha Mohamad – Setiausaha Pejabat

5.Pengisian yang menarik! – Intan Suraya Ibeni Hajar – Pengarah Bahagia, Latihan & Sekolah Pemasaran

6.Pada keseluruhannya program ini berjaya & bermanfaat – Nurhafifi Jeman – Setiausaha Pejabat

7.Kursus yang sangat Baik – Nur Izzati Othman – Setiausaha Pejabat

8. Isi padat dan mudah difahami – Rosnita Muhamad – Setiausaha Pejabat

9.Sporting, sangat berpengetahuan – Amirul Faiz – Setiausaha Pejabat

10.Cara penyampaian yang mudah difahami – Nor Izza Fasehah Binti Nor Amanshah – Setiausaha Pejabat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Tuesday, April 16th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments