Bengkel Penulisan Resume, Temuduga & Imej Profesional | KVKS | 13 September 2017

Alhamdulillah, pada 13 September 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk berkongsi ilmu bersama 61 orang peserta KVKS dalam Bengkel Penulisan Resume, Temuduga & Imej Profesional. 

Program ini telah berlangsung di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Para peserta terdiri daripada Pelajar Diploma Pemasaran yang akan memulakan tempoh latihan Industri mereka selama 5 bulan bermula November ini dan bakal menamatkan pengajian mereka di Kolej Vokasional ini. 

Pelajar-pelajar ini sangat bertuah kerana jabatan mereka telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Penulisan Resume, Temuduga & Imej Profesional ini sebagai persiapan mereka terutama berkaitan ilmu dan tips penampilan semasa temuduga dan semasa bekerja sebagai kakitangan syarikat kelak.

Bengkel ini memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian temuduga dan pakaian kerja bagi calon-calon lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh panel penemuduga dan majikan.

bengkel resume dan temuduga
Puan Raihan menerangkan secara terperinci beserta contoh-contoh jenis-jenis, fabrik dan potongan baju kurung dan suit, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon temuduga wanita.

Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah  jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.

bengkel resume dan temuduga
Para peserta diberi tugasan untuk mengenalpasti pemakaian berdasarkan jenis pekerjaan dan ‘dress code’ setiap jenis acara dan urusan kerja.

 

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, dalam bengkel ini para peserta ditunjukkan teknik dan contoh menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga.

bengkel resume dan temuduga
Puan Raihan menerangkan secara terperinci beserta contoh-contoh jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, stokin, tali leher, jam dan aksesori yang tepat bagi calon temuduga lelaki.

 

Para pelajar tahun akhir ini sedang mempersiapkan diri mereka untuk dipanggil temuduga setelah membuat permohonan Latihan Industri, dan dalam masa yang sama turut membuat permohonan kerja di mana mereka akan tamat tempoh pengajian sebaik sahaja habis tempoh latihan industri.

bengkel resume dan temuduga
Setiap peserta diminta menghasilkan sendiri resume dan cover letter mengikut format terkini yang diterangkan oleh Coach Nik Faiz.

Dalam kursus ini para peserta diberikan dan ditunjukkan teknik dan tatacara menghadiri temuduga, beserta dengan pendedahan apakah soalan-soalan yang akan dan biasa ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana teknik menjawab soalan-soalan ini. Para peserta seterusnya ditunjukkan sesi simulasi temuduga di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk menjalani sesi simulasi temuduga dengan menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya dalam temuduga kerja.

bengkel resume dan temuduga
Coach Nik Faiz menerangkan teknik-teknik menghadapi temuduga, persiapan pada hari temuduga, perkara yang harus dilakukan semasa temuduga, soalan-soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga, soalan-soalan yang boleh diajukan kepada penemuduga dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagal dalam temuduga.

 

Bengkel ini telah memberi pendedahan dan kemahiran kepada graduan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan.
2. Cara-cara untuk memohon pekerjaan, permohonan secara bertulis dan teknik menulis resume yang berkesan.
3. Teknik-teknik menghadapi temuduga, persiapan pada hari temuduga, perkara yang harus dilakukan semasa temuduga, soalan-soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga, soalan-soalan yang boleh diajukan kepada penemuduga dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagal dalam temuduga.

Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor atas inisiatif dan usaha menganjurkan kursus ini kepada pelajar tahun akhir sebagai persiapan memasuki latihan industri dan persiapan memasuki alam pekerjaan. Kami Tim Perunding Imej Malaysia mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar setiap peserta yang hadir dalam bengkel ini akan berjaya dengan cemerlang dalam membina masa hadapan dan kerjaya.

 

bengkel resume dan temuduga

bengkel resume dan temuduga

bengkel resume dan temuduga

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan bengkel ini :

  1. “Maklumat yang disampaikan di dalam bengkel resume dan temuduga ini jelas, tepat, dan mendalam. – Nur Aida Binti Norzain
  2. “Pengucapan penceramah yang jelas. Maklumat yang disampaikan juga sangat mendalam.” – Nur Farah Waheeda Abdul Latif
  3. “Penerangan dan slide di dalam bengkel resume dan temuduga ini menarik dan tidak terlalu padat.” – Nur Zulaikha Binti Zulkefli
  4. “Sangat faham dengan apa yang penceramah sampaikan.” – Athirah Izwin Binti Idris
  5. “Penceramah memberikan ceramah dengan bertenaga. Bengkel resume dan temuduga ini juga tidak membosankan.” – Nurul Fatihah Binti Che Sofi
  6. “Pada pendapat saya, penceramah sangat bagus dalam berkomunikasi dengan pelajar.” – Alia Izatty Bt Abdullah Thani
  7. “Penceramah cantik, suka senyum dan cara penyampaian beliau boleh difahami.” – Nur Afiqah Binti Mohamad Danial
  8. “Bengkel resume dan temuduga ini ‘nice,smooth and good’.” – Najwa Aqilah Binti Ab Rahim
  9. “Penceramah cantik dan pandai berkomunikasi. Saya suka penceramah saya di dalam bengkel ini.” – Nurul Ainani Binti Ramli
  10. “She helpful, kind, nice.” – Aida Amira Bt  Badrul Hisam
  11. “Bengkel resume dan temuduga ini menarik perhatian dan tidak bosan.” – Nor Ellysha Bt Nurol Ashikin
  12. The best ever I have learn.” – Nur Izzaty Binti Zainal Abidin
  13. “Bengkel resume dan temuduga ini sangat menyeronokkan.” – Ainin Juriah Binti Mohd Disa
  14. “Penceramah bengkel ini bagus dalam ‘train’. – Nurul Fatin Syahrain Binti Jaafar
  15. “Bengkel resume dan temuduga ini cemerlang dan sangat berguna.” – Ku Mohd Luqman Amir Bin Ku Ezani
  16. “Pada pendapat saya,  bengkel ini sangat awesome!” – Nur Athirah Binti Nordin
  17. “Aktiviti di dalam bengkel resume dan temuduga ini bagus dan menarik.” – Nurhanisah Binti Hasnizam
  18. “Penceramah sangat sporting dan mesra.” – Ain Balqis Binti Abu Bakar
  19. “Bengkel resume dan temuduga ini sangat baik dan menyeronokkan.” – NurFarahana Binti M Halim
  20. “Informasi yang diperolehi di dalam bengkel ini sangat bagus!” – Nurul Hanani Bt Mohamad Yusof
  21. “Bengkel resume dan temuduga yang dijalankan ini sangat berguna dan seronok.” – Intan Syuhaidah Bt Mohd Zakuan

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, September 15th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments