Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti |Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya | 27 Feb 2019

Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti ini pada  27 Februari 2019, bertempat di Bilik Seminar Latihan, Blok B, Tingkat 2, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan & Putrajaya, Kuala Lumpur.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan daripada sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya berkumpul di sini selama satu hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam pengurusan kaunter berkualiti.

 

Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

 

Pengurusan kaunter termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses pengurusan kaunter tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti

Semoga Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti ini menambahkan semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri para peserta yang hadir dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya ini :

  1. Penceramah, Pn Raihan Abdul Rahman sangat kreatif dalam persembahan dan berpengetahuan luas dalam topik / ceramah yang disampaikan. Peserta dapat menerima input dengan baik dan berkesan – Ainie Afifa Bt Yusof – Pembantu Tadbir N19
  2. Penyampaian yang tepat. Dapat makna! – Abdullah Zawawi B. Mansor – Bahagian Farmasi
  3. Sangat baik dan bagus – Zulfaizy Bin Zolkaflie – Pembantu Operasi
  4. Penceramah baik dan bagus dalam menerangkan kandungan ceramah – Rait Anak Jame Baru – Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19
  5. Sangat bagus dengan info dan panduan yang berguna – Zul-Hilmi B. Mansor
  6. Amat baik – Nurizzah Bt Mohd Yatim – Pembantu Operasi N11
  7. Penceramah dan program yang menarik – Nur Syafiqah Syahirah – PT (P/O)
  8. Penyampaian penceramah menarik – Ho Su-Chug, Amy – Penolong Pengarah KMA
  9. Sangat baik – Siti Muhaini Bt Mansor – PT N19
  10. Very good – Faizatul Hasrin B. Ismail – PKP N19
  11. Terbaik dan jelas – Rahman B. Said Atan – Pembantu Operasi

 

Anda berminat untuk mengadakan  Kursus Pengurusan Kaunter Berkualiti ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, February 28th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments