Kursus Personal Image Branding | SIRIM BERHAD | 2 Mei 2019

Kursus Personal Image Branding SIRIM BERHAD

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Sirim Berhad Shah Alam untuk mengendalikan Kursus Personal Image Branding  pada 2 Mei 2019, bertempat di Bilik Taklimat, Bangunan 5, Tingkat 3, Sirim Berhad, Shah Alam, Selangor.

Kursus Personal Image Branding

 

Sekalung penghargaan kepada pihak Sirim Berhad Shah Alam atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Personal Image Branding ini kepada para pegawai dan eksekutif kanan SIRIM BERHAD.

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Personal Image Branding Sirim Berhad ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

 

 

Kursus Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

Kursus Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding

 

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Kursus Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding

 

Kursus Personal Image Branding SIRIM ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai dan eksekutif kanan SIRIM memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

 

Kursus Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding

 

Selain daripada itu, objektif Kursus  Personal Image Branding SIRIM ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

 

Kursus Personal Image Branding

Kursus Personal Image Branding

 

Kursus Personal Image Branding

 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Personal Image Branding SIRIM ini :

  1. Sangat berpengetahuan – Nur Baizura Md Nor – Senior Executive
  2. Penceramah mempunyai kredibiliti untuk menyampaikan maklumat dan sangat meyakinkan akan tetapi tempoh kursus yang amat singkat – Noorfaradzila Binti Mohamed – Eksekutif Kanan
  3. Sangat berilmiah – Othman Hj Kasim – Senior Executive
  4. Cemerlang – Muhammad Syukri – Executive
  5. Professional – Nur Liyana Kamaruddin – Eksekutif
  6. Terbaik – Irma Munirah – Consultant
  7. Sangat informatif – Nurul Saiyidah – Executive
  8. Sangat berpengetahuan dan berpengalaman – Raja Fauzulin Aiza – Human Resources Consultant
  9. Excellent – Maisarah – Executive
  10. Mahir dalam bidangnya – Roslina – Executive
  11. Banyak memberi input dan boleh digunakan dalam seharian – Ella Masenin – Eksekutif
  12. Saya mudah memahami apa yang ingin disampaikan – Al-Azahari Sulaiman – Human Resources Executive
  13. Sangat berpengetahuan – Norsakirah – Eksekutif
  14. Kursus yang menarik – Nur Farhana – Eksekutif

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, May 3rd, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments