Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat | Kementerian Belia & Sukan | 26-28 Apr 2018

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan – Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput sebagai penyedia khidmat latihan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mengendalikan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat pada 26 – 28 April 2018, bertempat di Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi, Kedah. Alhamdulillah kami berpeluang berkongsi ilmu dan aktiviti-aktiviti menarik bersama 31 orang Setiausaha cantik KBS ini selama 3 hari 2 malam di bumi Mahsuri ini.

Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus yang istimewa ini.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Antara pengisian yang telah Tim Perunding Imej Malaysia  kongsikan kepada para setiausaha dalam kursus ini adalah menerokai dan mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, cara mengenali personaliti serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat, berpengetahuan dan mahir dalam 12 etiket asas di tempat kerja, bagaimana mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, teknik mengenalpasti potensi diri, kekuatan, kelemahan dan konsep keterbukaan minda serta kemahiran memahami profail diri dan bos serta cara mengendalikannya.

Kursus ini padat dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik, antaranya :

 

AKTIVITI MENGENALPASTI TUGAS, PRIORITI DAN CABARAN SETIAUSAHA 

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

AKTIVITI MENGENALPASTI PROFIL DAN MENGURUS BOS ANDA

AKTIVITI PEMANTAPAN IMEJ DAN KETRAMPILAN DIRI SETIAUSAHA

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR AMALAN TERBAIK ORGANISASI PILIHAN – HAJI ISMAIL GROUP

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

AKTIVITI BBQ DAN TALK SHOW :

Malam penghargaan kepada para Setiausaha yang banyak berjasa dan memberi sumbangan.
Perkongsian pengalaman daripada setiausaha ‘otai’ dan baru. Lapan 
rang peserta yang terdiri daripada setiausaha berpengalaman akan dipilih oleh penceramah untuk berkongsi pengalaman, kemahiran, peluang dan cabaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai seorang setiausaha. Sesi soal jawab oleh peserta lain dan setiausaha terpilih.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & SukanKursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

AKTIVITI SOLAT JEMAAH, BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

AKTIVITI SENAMAN PAGI

AKTIVITI BERKREDIBILITI DENGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KOMUNIKASI

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Jutaan tahniah kepada tiga orang peserta terbaik, atas penyertaan dan keterlibatan paling aktif sepanjang kursus.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Terima kasih kepada pihak Kementerian Belian & Sukan di atas kepercayaan yang diberikan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus yang mengujakan ini. Setinggi penghargaan Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.

Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini :

 

  1. “Kursus ini banyak memberi input dan perkongsian pengalaman serta sangat baik!”  (Zaiti Norulhanizam Abdullah, Setaiusaha)
  2. “Kedua-dua penceramah kursus amat berpengetahuan dalam topik-topik yang dibincangkan”. (Faziatun Ehsan, Setiausaha Pejabat)
  3. “Penceramah Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini sangat berpengalaman dan berpengetahuan luas berkaitan bidang ini”. (Munirah binti Mohd Rusly, Setiausaha Pejabat)
  4. “Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini sangat bagus !”  (Johora Bee binti Ismail, PA)
  5. “Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini amat memuaskan.”  (Zaleha Deraman, Setiausaha Pejabat)
  6. “Secara keseluruhan penceramah mempunyai ilmu dalam setiap topik yang disampaikan.” (Nur Huda binti Mohamad Yusof, Setiausaha Pejabat)
  7. “Penceramah Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan ini bagus, kreatif, penyampaian yang cemerlang. Keseluruhannya 100% terbaik. Saya suka sangat!” (Norliana binti Jainuddin, Pembantu Pentadbir)
  8. “Penyampaian kursus yang amat menarik dan jelas.” (Wan Cik Shahana binti Wan Mohd. Shafie, Setiausaha Pejabat)
  9. “Penceramah-penceramah Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini mempunyai gaya penyampaian tersendiri dan berjaya menyampaikan dengan berkesan dan sempoi.”  (Nor Aishah Hj Mohd Shariff, Setiausaha Pejabat)
  10. “Penyampaian yang profesional dan penceramah sentiasa berinteraksi dengan peserta dan mampu menarik audien.” (Rohana Jantan, Setiausaha Pejabat)
  11. “Kursus ini sangat baik, tidak bosan langsung dan menyeronokkan!”  (Suria Minhad, Setiausaha Pejabat)
  12. “Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini sangat baik.”  (Nurul Shazleen Izats, Pembantu Tadbir)
  13. “Kursus yang berinformasi, penceramah berpengalaman dan sangat mesra.”  (Sharulfiza binti Mohd Noor, Setiausaha Pejabat)
  14. “Penceramah sangat profesional dan penyampaian sangat jelas. Program secara keseluruhan sangat baik. Cuma jadual kursus terlalu padat.” (Serbanum binti Din, Setiausaha)
  15. “Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkualiti.”  (Wan Nor Faizah binti Wan Mohd Ali, Setiausaha Pejabat)
  16. “Penyampaian penceramah Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini amat menarik! “ (Norrul Haidah binti Mohammad, PSP)
  17. “Penceramah dapat mengendalikan kursus ini dan mengikuti jadual program dengan berkesan.”  (Novalina binti Ahmad Bazain, Setiausaha Pejabat)
  18. “Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini disampaikan dengan bertenaga dan berilmu.”  (Nazatul Sakura binti Mohd Zakei, Setiausaha Pejabat)
  19. “Penceramah menyampaikan ceramah secara baik dan jelas serta mudah difahami.”  (Zaini@Azuraini Mohamad, Setiausaha Pejabat)
  20. “Alhamdulillah, banyak perkara yang saya boleh pelajari dan perbaiki daripada kursus ini.”  (Shelawati binti Baharuddin, Setiausaha Pejabat)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, April 29th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments