Corporate Image Grooming | Transformasi Jabatan Jualan |Felda D’Saji |6-7 Disember 2014

‘Pelanggan akan membeli lebih banyak apabila mereka membeli anda’.

Apabila orang memperkatakan tentang kejayaan dalam jualan

dan perniagaan, kebanyakannya memperkatakan dari segi kewangan, sen, statistik, fakta dan angka. Namun kesemua ukuran keuntungan dan kejayaan itu adalah ditentukan oleh kelakuan pelanggan dan kelakuan pekerja yang melayani mereka.

Bagaimana pelanggan rasa tentang orang yang melayani mereka atau yang menjual barangan kepada mereka, adalah perkara yang tidak boleh diabaikan dalam membentuk persepsi yang baik tentang imej dan reputasi syarikat seterusnya menyumbang kepada keuntungan syarikat.

Tunjukkan keghairahan yang ikhlas untuk membantu pelanggan dengan imej dan etiket yang profesional dan meyakinkan. Imej yang diri kita dan syarikat tonjolkan pasti akan memberitahu pelanggan mengenai kepercayaan kita yang jujur dan teguh bahawa perkhidmatan dan perniagaan yang kita tawarkan adalah yang terbaik di pasaran. Jadikan sifat membantu pelanggan sebagai keutamaan tertinggi dalam kerjaya. Orang ramai tidak peduli berapa banyak yang kita tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita mengambil berat tentang produk dan perkhidmatan perniagaan kita, serta mengambil berat tentang diri dan keperluan mereka. Manusia jauh lebih terpujuk dengan kedalaman kepercayaan dan emosi kita daripada sebarang lojik atau pengetahuan yang kita miliki.

Pada 6-7 Disember yang lepas, saya telah berkongsi ilmu Corporate Image Grooming dalam program Transformasi Jabatan Jualan Felda D’Saji di Casio Mansion, Amber Hill, Kuala Lumpur. Kursus ini menekankan konsep transformasi imej korporat, dalam membentuk tanggapan pelanggan terhadap imej syarikat, yang bermula daripada imej yang dibawa oleh setiap pegawai jualan mereka.

Setiap pegawai adalah duta yang menjadi sebahagian daripada produk cemerlang dan terbaik syarikat. Sama ada ia dirancang atau tidak, setiap perniagaan mempunyai imej tersendiri yang dilihat oleh orang ramai, dan syarikat-syarikat yang berjaya telah mengetahui bahawa imej positif berlaku bukan begitu sahaja atau nasib. Ia merupakan hasil daripada perancangan, kerja keras, cara berfikir yang betul dan melakukan perkara-perkara baik secara konsisten. Perkara-perkara yang mungkin pada sesetengah orang kecil dan remeh sebenarnya memberi impak dan keuntungan jangka masa panjang yang besar. Inilah yang diamalkan oleh lebih seratus ribu syarikat-syarikat yang berjaya di dunia yang berpegang pada falsafah Think big act small.

Antara gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung;

10410892_10203532851307947_2134552694463018188_n 10425438_10203532850787934_345671906974104449_n 10850036_10203467693239036_2464925409141350421_n 1688059_10203467693599045_20904134197910070_n 10432559_10203467692079007_834834432197659069_n Corporate Image Grooming

Friday, December 19th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments