Finishing School : Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja | Unisel | 30 Disember 2017

Tim Perunding Imej Muslimah amat menghargai jemputan yang diberikan oleh pihak Unit Kaunseling Dan Latihan Unisel untuk mengendalikan program Finishing School : Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja Unisel pada 30 Disember 2017 yang lalu.

Program Finishing School : Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja  ini diadakan khusus untuk mendedahkan kepada pelajar terhadap alam realiti pekerjaan yang kompetitif dan mencabar yang akan mereka tempuhi termasuklah pendedahan kepada teknik menyediakan resume dan menghadiri temuduga. Ilmu ini adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka di Unisel untuk persediaan terbaik dalam memohon kerja dan sebagai persediaan ke tempat kerja.

Seorang graduan yang hebat dan mampu pergi jauh dalam membina kerjaya dan mempunyai personaliti diri yang hebat bukan hanya terletak pada faktor pencapaian yang hebat dalam akademik semata-mata. Untuk mengharungi alam kerjaya yang agak kompetitif dan mencabar, graduan wajarlah memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan dan ketika sudah menjawat jawatan dalam industri.

Persediaan bagi seseorang graduan ke tempat kerja bukan sahaja perlu mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang serta kemahiran interpersonal yang baik. Satu kelebihan yang yang sangat penting selepas keluar daripada kolej dan apabila berada di  alam pekerjaan adalah kemampuan yang baik dalam ketahanan fizikal dan mental. Antara eleman ketahanan fizikal dan mental adalah mampu berdikari dan bersikap proaktif, berdisiplin dalam melaksanakan tugasan, tidak mudah berputus asa, tidak mudah lemah semangat, mampu menerima teguran dan kritikan dengan sikap positif dan terbuka, sentiasa positif dan bersikap rasional serta bijak mengawal emosi.

Kelebihan dalam mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi setiap graduan adalah satu aset diri yang sangat penting sebagai persediaan ke tempat kerja . Sikap seseorang graduan yang tidak mudah berputus asa dan mempunyai keazaman serta kecekalan diri yang tinggi pastinya akan membantu dirinya untuk sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan segala cabaran dan kesukaran yang mendatang. Ketahanan fizikal dan mental ini sangat penting sebagai persediaan untuk berhadapan dengan sikap bakal majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang mencabar kelak, seterusnya tidak mudah patah semangat untuk terus bertahan dalam suasana kerja yang sukar.

Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja

Kami daripada Tim Perunding Imej Muslimah mendoakan semoga setiap peserta yang hadir Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja ini akan  dapat mengaplikasikan kesemua teknik yang dikongsikan dalam seminar ini dengan baik. Pengisian dalam bengkel ini in sha Allah apabila diaplikasikan pastinya akan membantu mereka terpilih dan berjaya dalam temuduga kerja yang bakal dihadiri kelak. Kami juga berharap agar kesemua peserta dapat mencipta kejayaan yang hebat dan mencapai tahap yang paling tinggi dalam perjuangan membina kerjaya.

Bengkel Persediaan Ke Tempat Kerja

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, January 10th, 2018January 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *