Kursus Ketrampilan Bertutur & Komunikasi Profesional | JPBD Negeri Sembilan | 25 Julai 2017

Kemahiran menghasilkan pembentangan yang berkesan merupakan satu bonus untuk melonjakkan imej dan reputasi diri, dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja. Selain daripada memiliki kemahiran, sikap dan disiplin diri yang tinggi, kemahiran pengucapan awam amatlah penting untuk  sesiapa sahaja individu untuk melangkah lebih jauh dalam mencapai matlamat yang lebih besar dalam kerjaya.

Seorang yang berkarisma, apabila diberi peluang berucap, beliau akan memberikan ucapan di hadapan audien dengan penuh keyakinan dan inspirasi. Gaya percakapan, pilihan ayat serta perkataan menggambarkan sepenuhnya persediaan, semangat, minat yang mendalam terhadap tajuk dan tugasan serta menonjolkan keperibadian dirinya. Seorang pembentang yang baik haruslah mempunyai kebolehan menarik perhatian ramai, menerangkan buah fikiran serta memberi keyakinan dan harapan. ‘Semangat kita sewaktu berucap, menentukan semangat hadirin yang mendengar.’ Keluarkan tenaga dan semangat yang tinggi sewaktu berucap, tunjukkan perasaan mengambil berat dan ingin membantu hadirin, serta tekankan manfaat dan keuntungan yang hadirin akan perolehi daripada ucapan kita.

Setiap individu yang ingin mengorak langkah yang hebat dalam membina kerjaya haruslah mula membina karisma dan kredibiliti sebagai seorang pemimpin, dengan berani memberi ucapan yang meninggalkan kesan kepada audiens, tidak mengelak apabila ditugaskan memberi ucapan dan mampu membuat persediaan sebaik mungkin dengan ilmu yang betul. Benar gaya penyampaian sesebuah ucapan sangat penting, tetapi ia hanya membantu kita menyampaikan mesej. Kita mahu hadirin mampu melihat apa yang kita lihat dan faham maksud setiap perkataan yang kita ucapkan. Kita mahu mereka benar-benar mendengar ucapan kita, berfikir mengenainya dan segera berubah dan bertindak. Pastikan ucapan kita mempunyai idea, konten dan ‘flow’ yang hebat ! Terdapat tiga perkara penting yang mampu membuat ucapan kita berpengaruh, yang dikongsikan dalam kursus ini. Tiga perkara tersebut ialah buah fikiran/ idea yang kreatif, struktur ucapan yang jelas dan pilihan perkataan.

Kursus Pengucapan Awam

Alhamdulillah, pada  25 Julai yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia diberi amanah untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Bertutur & Komunikasi Profesional kepada kakitangan yang terpilih dari Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Negeri Sembilan. Kursus satu hari ini memberikan ilmu dan kemahiran bagaimana menjadi seorang pembentang yang hebat yang mampu menarik perhatian audiens dengan meninggalkan  kesan kepada audiens seterusnya mampu membuatkan audiens bertindak atas apa sahaja saranan dalam ucapan dan pembentangan yang dibuat.

Jadikan ucapan sepadan dengan peribadi, setiap isyarat yang dipamerkan sewaktu berucap dinilai oleh hadirin. Mereka memberi makna dan maksud terhadap isyarat-isyarat itu walaupun itu bukan perkara yang kita ungkapkan. Percanggahan isyarat badan dengan maksud hanya merosakkan kepercayaan hadirin pada perkara yang ingin kita sampaikan.

Di kesempatan ini, Tim kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perancangan Bandar & Desa yang memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kursus ini.

‘Semangat kita sewaktu berucap, menentukan semangat hadirin yang mendengar.’ Keluarkan tenaga dan semangat yang tinggi sewaktu berucap, tunjukkan perasaan mengambil berat dan ingin membantu hadirin, serta tekankan manfaat dan keuntungan yang hadirin akan perolehi daripada ucapan kita.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Tim yang mantap atas teamwork yang sangat hebat kerana telah bertungkus-lumus menjayakan kursus ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan sepanjang kursus ini dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan dan mempersembahkan pembentangan yang mantap. Semoga penyampaian hebat setiap peserta di dalam kursus ini menjadi titik tolak untuk menggandakan lagi kemahiran pembentangan mereka ke tahap profesional dan bertaraf dunia. All the best !

Gaya penyampaian sangat penting, tetapi ia hanya membantu kita menyampaikan mesej. Pastikan ucapan kita mempunyai idea, konten dan 'flow' yang hebat !
Gaya penyampaian sangat penting, tetapi ia hanya membantu kita menyampaikan mesej. Pastikan ucapan kita mempunyai idea, konten dan ‘flow’ yang hebat !

Di sini kami kongsikan antara maklumbalas yang diberikan oleh para peserta:

  1. Saya amat gembira dengan kursus ini & banyak manfaat yang saya dapat.” – Muhammad Fitri Bin Abd Samah (Pem. Peg. Teknologi Maklumat)
  2. “Penceramah berpengalaman luas dan sangat profesional dalam bidang berkaitan.” – Safaei B, Sarjin @ Sarjono (Pen. Pegawai Perancang)
  3. “Sangat baik dan sangat berkesan.” – Mohd Nazimsham Mohd Najib (Penolong Pegawai Perancang Bandar)
  4. Baik dan memuaskan.”  – Athirah Binti Mat Rozi (PPT)
  5. Sangat bagus dan energetic.” – Mohd Nazim B Kama Basri (Pen. Pegawai Perancang Bandar)
  6. Secara keseluruhannya penyampaian adalah berkesan dan menarik.” – Aidah Binti Othman (Pen. Pegawai Perancang)
  7. “Informatif.” – Irwan Shah Bin Sahar (Pegawai Perancang Bandar)
  8. Berkeyakinan dan memberi impak positif.” – Norshaadah Sariffudin
  9. Menarik & berkesan.” – Shawal B. Hj Muhamad (Pen. Pegawai Perancang)
  10. Bagus. Semoga terus maju jaya.” – Siti Rahmah Md Daii (Pen. Pegawai Perancang)
  11. Terbaik.” – Siti Noraidah Binti Idris (Pen. Pengarah)
  12. Baik.”– Mashita Zainal Abidin (Pen. Pegawai Perancang Bandar)
  13. Baik.” – Mohamad Nazri B. Mohamad (Pembantu Operasi N11)
  14. Bagus.” – Siti Zalina Abu Bakar (Pegawai Perancang)

Monday, July 31st, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments