Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan | MARA | 11 & 12 April 2017

Dengan memiliki kemahiran komunikasi secara profesional (business communication), seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada dalam diri dan syarikat mereka.

Bagaimana kemahiran komunikasi profesional usahawan mampu melonjakkan reputasi perniagaan mereka?

Kemahiran komunikasi akan membuatkan seorang usahawan berkeyakinan untuk menjual kepintarannya, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani dan pemilik perniagaan yang mempunyai produk serta perkhidmatan yang berkualiti, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.

Usahawan yang hebat pastilah mempunyai pakej diri yang hebat untuk menyumbang kepada jenama perniagaannya. Kemahiran komunikasi yang profesional adalah aset yang perlu digilap dan diasah dari masa ke semasa.

Selama 2 hari berlangsung Kursus Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Selama 2 hari ini juga mereka memberikan seluruh komitmen demi memperolehi ilmu untuk kemajuan diri dan bisnes mereka.

Kami doakan semoga setiap peserta yang hadir dipermudahkan untuk mengaplikasikan setiap ilmu yang dikongsikan, dalam usaha memajukan diri dan melonjakkan perniagaan mereka, in sha Allah.

kemahiran komunikasi
Puan Raihan berkongsi teknik dan cara bagaimana kemahiran memilih skrip dan laras bahasa yang profesional mampu melonjakkan ‘brand’ diri dan perniagaan seorang usahawan ?

Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan yang berlangsung pada 11 & 12 April yang lalu :

1.)“Terlampau luar biasa dan baik !” – Mohd Redzuan Shah b. Rahmat (Kamal & Kamal Pest Control Sdn Bhd)

2) “Baik dan cemerlang.” – Ahamad Tajuddin Halim (Usahawan Selangor)

3) “Kursus ini mampu mengubah dan membantu saya untuk bercakap dengan lebih baik.” – Intan Nazariah (Usahawan Butik Pakaian)

4) “Penerangan yang jelas dan bagus daripada penceramah.” – Siti Sarah binti Abd Ajis (Usahawan Selangor)

5) “Penceramah yang bagus dan secara keseluruhan kursus ini telah membantu saya menambah baik skill komunikasi.” – Norliza bt Zainal Abidin (Kausar Wealth Management Sdn Bhd)

6) “Terbaik!” – Farradila bt Abu (Abadi Ilmu Sdn Bhd)

7) “Penceramah Puan Raihan sangat best ! best trainer ! Program secara keseluruhan semua terbaik.” – Suhana Sahat (Usahawan Selangor)

8)“Penceramah Pn.Raihan membuatkan pembelajaran sangat menyeronokkan, banyak informasi yang saya dapat dan akan gunakan.” – Wan Hamidah binti Wan Sulaiman (Usahawan Selangor)

9)“Sangat membantu bagi usahawan untuk masuk dalam industri.” – Rusmanhery bin Othman (Galmas Resources)

 

 

 

Kami kongsikan dalam video ini juga mengenai apa kata peserta dan apakah ilmu serta kemahiran yang mereka perolehi dalam kursus ini :

                                          

 

 

Friday, April 21st, 2017April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *