Kursus Penilaian Resume Dan Temuduga l Skills Johor Sdn Bhd l 19 Jun 2019

Kursus Penilaian Resume Dan Temuduga

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Skills Johor Sdn. Bhd. untuk mengendalikan Kursus Penilaian Resume dan Temuduga pada 19 Jun 2019 yang lalu bertempat di Tingkat 16, Menara Atlan, Jalan Ampang.

Para peserta terdiri daripada pelajar asnaf yang akan memulakan pekerjaan. Pelajar-pelajar ini sangat bertuah kerana Skills Johor Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Penilaian Resume dan Temuduga ini sebagai persiapan mereka terutama berkaitan ilmu dan tips penampilan semasa temuduga dan semasa bekerja sebagai kakitangan syarikat kelak.

Kursus Penilaian Resume

Selain itu, objektif Kursus Penilaian Resume dan Temuduga adalah seperti berikut:

Menyediakan pendedahan kepada trend pengambilan terkini dan pasaran kerja semasa.

  1. Mengetahui cara menghasilkan resume yang luar biasa serta berkualiti dan akan membuka peluang untuk dipanggil untuk temuduga
  2. Menyediakan resume yang menarik dengan menyerlahkan isi kandungan yang relevan kepada organisasi
  3. Mengetahui kaedah untuk memperkenalkan diri kepada panel penemuduga dan belajar bagaimana untuk bersedia dan menjawab soalan temuduga dengan cara yang akan membuat penemuduga tertarik kepada mereka
  4. Meningkatkan kefahaman proses pengambilan dalam organisasi dan mengambil inisiatif dalam menerapkan teknik strategi pencarian kerja yang betul

Kursus Penilaian Resume

Para peserta ditunjukkan teknik dan contoh menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga.

Kursus Penilaian Resume

Dalam kursus ini para peserta diberikan dan ditunjukkan teknik dan tatacara menghadiri temuduga, beserta dengan pendedahan apakah soalan-soalan yang akan dan biasa ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana teknik menjawab soalan-soalan ini. Para peserta seterusnya ditunjukkan sesi simulasi temuduga di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk menjalani sesi simulasi temuduga dengan menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya dalam temuduga kerja.

Kursus Penilaian Resume

Bengkel ini telah memberi pendedahan dan kemahiran kepada graduan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan.
2. Cara-cara untuk memohon pekerjaan, permohonan secara bertulis dan teknik menulis resume yang berkesan.
3. Teknik-teknik menghadapi temudugapersiapan pada hari temuduga, perkara yang harus dilakukan semasa temuduga, soalan-soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga, soalan-soalan yang boleh diajukan kepada penemuduga dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagal dalam temuduga.

Kursus Penilaian Resume

Terima kasih dan tahniah kepada Skills Johor Sdn Bhd atas inisiatif dan usaha menganjurkan kursus ini kepada para pelajar sebagai persiapan memasuki alam pekerjaan. Kami Tim Perunding Imej Malaysia mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar setiap peserta yang hadir dalam bengkel ini akan berjaya dengan cemerlang dalam membina masa hadapan dan kerjaya.

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penilaian Resume dan Temuduga ini:

  1. Sangat memuaskan, dapat belajar ilmu dan trick baru – Syaidatul Aida binti Mohd Rozen
  2. Terbaik dan memuaskan – Norhazirah binti Hisham
  3. Sangat bersetuju/ bagus – Nur Shuhada binti Mohd Hanapiah
  4. Penceramah sangat bertenaga dan bermotivasi lagi memahami para pencari kerja – Nur Qistina
  5. Diceritakan dengan jelas dan terang tentang resume dan saya faham secara keseluruhan – Fatin Nabilah binti Remjan
  6. Amat bagus dan tegas – Akmal Haqim bin Amir Hamzah
  7. Penceramah bercakap dengan jelas dan faham membuat cara resume – Siti Nur Aishah binti M. Sharifuddin
  8. Bagus ★★★★★ – Mohamad bin Remjan
  9. Sangat berpengalaman – Mohd Yusnan
  10. Sangat bagus dan terbaik – Muhammad Amurul Najmi
  11. Sangat berpengalaman – Zakwan
  12. Jelas, bermotivasi, inspired ! – Amirul Firdaus bin Mohd Khairulazman
  13. Amat baik dan jelas – Nur Fazira binti Abdul Hamid
  14. Penyampaian maklumat terang dan jelas – Nur Adlina binti Muhamad Nasir

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, June 20th, 2019June 20, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.