Etika BERPAKAIAN Semasa Temuduga | Ekspo Maukerja KL & Selangor | 15 April 2017

Alhamdulillah, pada 15 April 2017 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia dijemput oleh Maukerja untuk menyampaikan ‘Career Talk’ yang bertajuk Etika Pemakaian Semasa Sesi Temuduga di Ekspo Maukerja KL & Selangor 2017.

Program ini telah berlangsung selama 1 hari di KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.

Dalam ekspo ini juga terdapat empat orang lagi speaker yang hebat dijemput menyampaikan kepakaran masing-masing. Antara tajuk yang disampaikan termasuklah ‘Typical Interview Questions & Answers’, ‘Earn Income From Working Online’, ‘What to Expect During Early Employment Phase’ dan banyak lagi tajuk-tajuk berkaitan membina kerjaya.

Tim Perunding Imej Malaysia telah berkongsi Modul ‘How To Dress For A Job Interview ?

 Kelulusan yang hebat tiada nilai bila kita tidak diterima dalam industri. Ilmu untuk diterima seterusnya menang dalam temuduga kerja merangkumi teknik berpakaian dan cara mempersembahkan kualiti dan kelebihan pakej diri kepada bakal majikan.

Semua orang mampu berjaya bila mengetahui teknik dan ilmu yang tepat, termasuklah teknik berpakaian untuk hadir temuduga. Sebijak mana diri kita, ramai lagi orang lain yang bijak di luar sana. Oleh itu bagaimana penemuduga mampu melihat kebijaksaan dan kehebatan dalam diri kita yang berbeza daripada calon dan pesaing yang lain dalam masa temuduga yang singkat ?

Puan Raihan berkongsi modul ‘How To Dress For A Job Interview ?’

Dalam perkongsian ini juga, kami menekankan konsep membina ‘brand’ diri seawal proses pencarian kerja.  Penjenamaan tidak lagi hanya untuk syarikat dan perniagaan sahaja. Penjenamaan atau ‘personal brand’  juga adalah untuk pencari kerja dan individu yang ingin menonjolkan diri bagi tujuan mempromosi nilai-nilai, prinsip perjuangan, servis dan ilmu yang baik. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan majikan dan orang lain sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan. Penjenamaan diri yang baik akan menjadi buah mulut yang berkesan untuk memasarkan kepakaran yang kita ada.

“Jika kamu boleh, jadilah yang pertama. Jika tidak boleh jadi yang pertama, cipta satu kategori di mana kamu boleh jadi yang pertama.”~Al Ries and Jack Trout, The 22 Immutable Laws of Marketing~

Pastikan kita mampu menjenamakan diri sebagai seorang yang majikan rasa hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunya pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.

Antara peserta yang hadir sedang khusyuk mendengar perkongsian teknik berpakaian dalam temuduga oleh Puan Raihan

 

Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain.

Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi. Di luar sana ramai pencari kerja yang berbakat dan hebat di dalam pelbagai bidang. Kerana itu semasa kita ingin memohon untuk sesuatu kerja atau jawatan, pilihlah  apa keunikan dan kemampuan terhebat anda dan tonjolkan kepada majikan. Tonjolkan yang anda bukan seorang pekerja yang biasa-biasa tetapi yang memiliki pakej beserta kemahiran, sikap dan mentality yang ‘first class’ dan cemerlang .

Salah seorang daripada peserta bertanya menegenai teknik bagaimana berpakaian dalam temuduga berdasarkan industri ?

 

Wujudkan senjata X !

Kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. Jadilah berbeza, terutama dalam mempersembahkan kebolehan dan kemampuan diri semasa proses menghantar permohonan dan menghadiri temuduga kerja !

“Bagaimana boleh saya tahu apakah kelebihan dan keunikan diri saya?”

Pakar konsultan yang paling hebat pun tidak mampu menolong anda dengan soalan ini, kerana untuk menyedari kekuatan anda, satu-satunya orang terbaik yang tahu tentang diri anda ialah anda sendiri.

Kelulusan yang hebat tiada nilai bila kita tidak diterima dalam industri. Ilmu untuk diterima seterusnya menang dalam temuduga kerja merangkumi teknik berpakaian dan cara mempersembahkan kualiti dan kelebihan pakej diri kepada bakal majikan. Semua orang mampu berjaya bila mengetahui teknik dan ilmu yang tepat, termasuklah teknik berpakaian untuk hadir temuduga. Sebijak mana diri kita, ramai lagi orang lain yang bijak di luar sana. Oleh itu bagaimana penemuduga mampu melihat kebijaksaan dan kehebatan dalam diri kita yang berbeza daripada calon dan pesaing yang lain dalam masa temuduga yang singkat ?

 

Bermula dari sekarang, untuk mempersiapkan diri dalam medan pertempuran memenangi temuduga pekerjaan yang anda idamkan, anda perlu mengambil sedikit masa untuk duduk dan menganalisa serta memikirkan apakah kelebihan, minat, nilai diri dan kualiti terbaik yang anda miliki dan tuliskannya.

Bagaimana untuk menghasilkannya?

Anda boleh menulis senarai kualiti dan nilai terbaik diri anda apabila membayangkan penemuduga  bertanya anda soalan sebegini:

Mengapa harus kami mengupah anda?

Sediakan senarai jawapan kepada soalan ini. Sekiranya dalam proses menyenaraikan jawapan ini, anda buntu dan tidak pasti, bermaksud inilah masanya untuk anda ‘target’ atau wujudkan satu kelebihan dan kepakaran dalam diri anda. Letakkan matlamat yang jelas. Pastikan apa nilai dan kualiti atau ‘x factor’ diri anda, yang unik serta berbeza daripada orang lain, yang majikan dan pelanggan akan rasa berbaloi dan beruntung untuk mengupah anda.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang mencapai cita-cita dan impian.

etika berpakaian
Imej diri yang hebat bermula dengan ilmu dan teknik yang tepat! Jangan membuang masa dengan proses ‘try and error’ kerana dunia dan orang sekeliling kita bergerak dengan pantas. Sentiasa ‘upgrade’ diri dengan ilmu yang betul untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam industri.

 

 

Tuesday, April 25th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments