Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS | 7-8 Mac 2018

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS

Pada 7-8 Mac 2018 baru-baru ini, Tim Perunding Imej Malaysia dilantik sebagai konsultan untuk mengendalikan Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS bertempat di pejabat urusan mereka di Shah Alam, Selangor. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen hebat anda selama dua hari memantapkan ilmu dan kemahiran dalam kursus ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada 12 orang para pelatih SLIM yang sedang menjalani latihan dan beberapa orang staf tetap di Syarikat Advanced Air Traffic Systems Malaysia Sdn Bhd.

Para peserta didedahkan dengan kepentingan mengurus imej dan jenama diri yang positif dan profesional termasuklah cara dan teknik berpakaian, adab dan tingkah-laku yang betul di tempat kerja dan komunikasi yang profesional bersesuaian dengan jenama profesional dan reputasi syarikat.

Reputasi dan kredibilIti syarikat banyak bergantung kepada profesionalisme mereka, termasuk penampilan diri dan personaliti komunikasi. Dalam dunia kerjaya, menjadi seorang yang profesional dan berketrampilan merupakan perkara yang sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan syarikat.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS

Sebagai graduan yang baru sahaja menamatkan alam universiti dan masih lagi dalam fasa peralihan ke bidang pekerjaan, amatlah penting untuk mereka mempelajari dan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran bagaimana untuk menyesuaikan diri dan membawa diri secara positif dan matang di tempat kerja.

Ada orang yang bernasib baik kerana mempunyai personaliti yang sesuai dan diterima di alam pekerjaan atau dalam industri, di mana personaliti ini telah dibentuk draipada didikan keluarga dan suasana serta cara mereka dibesarkan. Walaubagaimanapun bukan semua graduan memiliki personaliti yang positif ini. Ada di kalangan mereka yang mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah dan mereka kekurangan ilmu untuk membawa diri secara profesional di alam pekerjaan.

Personaliti dan imej ketrampilan diri bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS ini memberikan 6 modul utama dalam ilmu ketrampilan dan personaliti diri profesioanl. Para peserta bukan sekadar diberikan kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik untuk membolehkan kemajuan mereka dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya, malah para peserta disuntik motivasi dalaman diri untuk membenihkan rasa perlu kepada penambahbaikan imej dan personaliti demi masa hadapan mereka serta melonjakkan pakej dan nilai diri mereka dan syarikat agar kekal relevan dan berkredibiliti dalam industri.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS

Alhamdulillah, semoga semua peserta yang hadir berjaya melakar kejayaan yang hebat dalam membina imej personaliti dan nilai profesional diri yang cemerlang seterusnya melonjakkan reputasi dan kredibiliti syarikat.

Kami Tim Perunding Imej Malaysia berharap agar setiap peserta yang hadir dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan dalam Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes ini demi masa hadapan mereka dan syarikat. Kami juga mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini demi keuntungan dan reputasi syarikat, in sha Allah.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat & Etiket Bisnes AATS

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, March 31st, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments