Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi KPT Malaysia

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi KPT Malaysia.

Pada 26-28 Februari 2018 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

Antara objektif Kursus adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi

 

Kursus ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi
Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia

Selama 3 hari kursus berlangsung, terdapat lapan modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir. Antarnya ialah Modul Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis, Modul Aplikasi Protokol Dalam Majlis, Modul Heirarki Tetamu Dalam Majlis, Modul Susunan Tempat Duduk Tetamu Dan VVIP Dalam Majlis dan lian-lain.

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, March 2nd, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments