Membina Imej ‘First Class’ | Konvensyen Setiausaha & Pembantu Pentadbiran Ishad Consulting | 27 Mac 2019

Perunding Imej Malaysia iaitu Puan Raihan Abdul Rahman telah dijemput sebagai salah seorang speaker dalam Konvensyen Setiausaha & Pembantu Pentadbiran anju Ishad HR Consulting Sdn Bhd. Konvensyen selama 2 hari ini telah berlangsung pada 27 hingga 28 Mac yang lalu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Konvensyen Setiausaha dan Pembantu Pentadbiran atau KonSePP adalah medan pertemuan di peringkat nasional para Setiausaha dan Pembantu Pentadbiran organisasi awam dan swasta daripada pelbagai industri. Misi KonSePP adalah menjadi perhimpunan tahunan terbesar untuk membina kompetensi kakitangan pentadbiran ke arah kecemerlangan diri dan organisasi. 

KonSePP 2019, dengan tema Proaktif, Profesional dan Progresif ini, yang merupakan penganjuran kali ke-7 sejak diperkenalkan pada 2012, telah membariskan penceramah dan fasilitator berpengalaman dan berwibawa. Mereka telah berkongsi pelbagai rahsia, strategi, kaedah dan tips yang akan memberi inspirasi serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.

Berikut adalah senarai penceramah dan fasilitator yang telah berkongsi ilmu sepanjang 2 hari Konvensyen Setiausaha & Pembantu Pentadbiran ini berlangsung :

1.Prof Dr Muhaya (Pakar Oftamologi, Motivator, Personaliti TV, Penulis)
2.Haiqal Hermanshah Rahman (The Colours of Sound)
3.Aziph Mustapha (Pakar Pengurusan Inovasi)
4.Raihan Abdul Rahman (Perunding Imej Muslimah)
5.Lily Lau (Jurulatih Bertauliah, Directive Communication Psychology)
6.Ahmad Shukri Muhammad (Konsultan, Irshad HR Consulting Sdn Bhd)

Puan Raihan telah berkongsi tajuk Membina Imej ‘First Class’, di mana pengisian dan perkongsian slot ini adalah eksklusif untuk  menambahbaik ketrampilan diri para peserta yang hadir untuk tampil sofistikated dan berkeyakinan.

Konvensyen Setiausaha

Konvensyen Setiausaha

 

Seramai 150 orang Setiausaha, Pembantu Khas dan Pembantu Pentadbiran daripada pelbagai organisasi di seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menyertai  Konvensyen Setiausaha & Pembantu Pentadbiran ini dan memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan sepanjang Konvensyen ini berlangsung.

Konvensyen Setiausaha

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

 

Fokus ketrampilan dan penampilan diri seorang setiausaha profesional  pada zaman ini bukan semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya namun yang jauh lebih penting daripada itu adalah penampilan kita menampilkan sikap profesionalisme dalam kerjaya, kredibiliti dan keyakinan diri serta mampu mempengaruhi orang lain dengan prinsip dan idea serta mampu menyebarkan aura positif kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling atau yang berurusan dengan kita.

 

Konvensyen Setiausaha

Terima kasih Irshad HR Consulting Sdn Bhd di atas jemputan dan peluang berkongsi ilmu dalam Konvensyen yang hebat ini. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir atas komitmen yang luar biasa sepanjang slot Membina Imej First Class ini.

Konvensyen Setiausaha

Konvensyen Setiausaha

Konvensyen Setiausaha

Konvensyen Setiausaha

Konvensyen Setiausaha

Alhamdulillah atas sambutan yang hebat diberikan untuk program ini. In sha Allah sambutan dan feedback yang luar biasa ini akan semangat kami untuk berkongsi dan menambah nilai dalam diri kepada lebih ramai orang lagi di luar sana.

Kami kongsikan di sini antara maklumbalas para peserta dalam slot Seminar Membina Imej First Class ini :

  1. Well presented – Nurzaini Hashim – Executive
  2. Fun! Great presentation / motivator – Zurina Muhammad – Secretary
  3. Pn Raihan sangat bagus dan sangat berpuas hati – Marzita Binti Mohd Sidek – Setiausaha
  4. Sangat berpengalaman – Nurul Sakinah Abdullah – Assistant
  5. Sangat best – Herni Ayu Md Shukri – Executive Secretary
  6. Good presenter – Najwa Dollah Khuddin – Setiausaha Pejabat
  7. Profesional – Serimah Muhamad – Supervisor
  8. Versatile and energetic – Norhaida – Admin Assistant
  9. Berketerampilan, penyampaian yang berkesan – Nurfarahin Arpandi –Admin Executive
  10. Berpengalaman, berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburi – Siti Nur Aisyah bt Ibrahim – Pembantu Tadbir
  11. Sangat jelas penyampaian. Program ini sangat simple dan penuh dengan info (santai) – Nor Azlinda – PA
  12. Penyampaian yang jelas dan pandai berinteraksi dengan peserta – Zahanim Mohd Zain – Pembantu Setiausaha Pejabat
  13. Sangat efetif, pandai menarik minat peserta agar tidak mengantuk dan cara penyampaian yang sangat menghiburkan – Nurul Nadya Saliman – Clerk
  14. Alhamdulillah terbaik dan sangat membantu – Nabilah Mokhtaruddin – Setiausaha
  15. Informative – Kartika Ahmad – Admin / PA
  16. Terbaik dan mudah difahami – Muzliawati Mustar – Manager Finance and Account
  17. Mudah faham. Penyampaian padat. – Sharifah Farah Hilwani Tg Abdullah – Account Executive
  18. Profesional – Zarina Mohamad Zir – Admin Assistant
  19. Bagus – Marhaida Ramli – Supervisor
  20. Terbaik – Habibah Ramli – Eksekutif Kanan
  21. Terbaik – Sahluyah Bolean – Penyelia
  22. Sangat bagus dan berpengalaman – Zawiah Rahim – MRCSB
  23. Sangat baik – Mohd Fahdmy B. Zolkifli – Setiausaha Pejabat
  24. Good – Safua Hj Mohd Yunus – CO
  25. Menarik dan bermanfaat – Rozana Ayub – Setiausaha
  26. Semua profesional dan berpengalaman – Nur Syafiana Ghani – Setiausaha
  27. Pemikiran terbuka – Nurul Earina – Setiausaha
  28. Mudah difahami – Nor Afifah Baharudin – Pembantu Tadbir
  29. Bagus dan memuaskan hati – Jehan Raihana Jamri – Admin Accounts
  30. Menarik dan memuaskan – Rosmah Narawi – Ketua Unit
  31. Penceramah yang baik – Norhamidah Md Yusof – Executive
  32. Bagus, sangat baik. – Nor Hazwani Zulkiply – Setiausaha
  33. Baik dan sangat membantu – Nor Rita Haron – Setiausaha Pejabat
  34. Sangat baik – Sharifah Khadijah Syed Mohsin – Setiausaha
  35. Bagus penyampaian dan jelas – Zalila – Executive

 

Friday, March 29th, 2019March 29, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.