About Perunding Imej Malaysia

1.Raihan Abdul Rahman

Perunding Imej Malaysia – Raihan Abdul Rahman is a Certified Professional Image Consultant (Akademi Perunding Imej Profesional), a Certified International Color Consultant and a Certified International Fashion & Style Consultant (ByFerial Training & Image Consulting), a Certified Professional Image, Etiquette and Color Consultant (CPICC, IITTI Certified Canada), a Certified NLP Practitioner from National Federation of NLP (NFNLP) Florida, a Certified Master Learning Facilitator and a Certified HRDF Trainer. She is a member of Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) and also a member of Pertubuhan Perunding & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Raihan has 19 years experience as a trainer and has conducted more than 1500 programs in corporate image, communication, etiquette, customer service and management. She has presented seminars, workshops and consultations to more than 24,000 individuals. Clients representing business, government, education institutions, and NGOs have been trained privately and in groups. Her many years experience equipped her with the knowledge to help her clients enhance their presence and image.

Raihan adopts a very participative approach in her trainings, using attractive visual aids and concise, informative training sessions, while stressing on hands on group activities to impart knowledge and skills. She conducts her trainings and workshops with energetic enthusiasm to ensure that participants are extremely motivated to learn, while unconsciously building confidence and proficiency. She has a passion for helping people develop and succeed and she enjoys motivating others with an attitude of love and service.

____________________________________________________________________________

Raihan Abdul Rahman adalah seorang Perunding dan Jurulatih Imej Bertauliah sepenuh masa. Raihan mempunyai pengalaman selama 19 tahun sebagai perunding dan jurulatih dan telah berpengalaman mengendalikan lebih dari 1500 program training. Beliau aktif mengendalikan kursus- kursus berkaitan pengurusan imej organisasi, etiket sosial dan protokol, etiket bisnes dan korporat, transformasi pengurusan pelanggan profesional, etiket dan adab berkomunikasi dengan pihak atasan, keterampilan bertutur dalam pengucapan awam serta kemahiran berkomunikasi di dalam organisasi.

Ilmu dan pengalaman serta kredibiliti beliau dalam bidang perundingan imej di Malaysia menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi ilmu di media seperti TV3, Astro, RTM, Akhbar Kosmo dan lain-lain. Selain daripada itu beliau aktif menulis artikel mengenai ilmu penampilan, etiket bisnes dan sosial serta komunikasi profesional (termasuk komunikasi pelanggan dan adab-adab komunikasi bisnes dan sosial) dalam blog www.perundingimejmalaysia.com.

Puan Raihan telah menerima pentauliahan dan latihan intensif sebagai:

  • Perunding Imej Profesional (diiktiraf oleh Akademi Perunding Imej Profesional Malaysia).
  • Perunding Gaya, Fesyen dan Warna bertauliah (diiktiraf ByFerial Training & Image Consulting, USA/Australia).
  • Certified Lab Profile Practitioner daripada Success Strategies Canada.
  • Trainer Bertauliah (Certified PSMB Trainer) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Kementerian Sumber Manusia.
  • Pengamal NLP Bertauliah daripada National Federation of NLP (NFNLP) Florida, Amerika Syarikat.
  • Ahli kepada Malaysian Association Of Professional Speakers (MAPS).
  • Ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN).
  • Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

 

 

Perunding Imej Malaysia Raihan Abdul Rahman

 

____________________________________________________________________________

 

2. Noraini Mohd Hanafiah

Armed with more than two decades of operational protocol, professional etiquette and educational development, Ms. Noraini brings in-depth knowledge and skill to the protocol and etiquette industry. She has presented etiquette and protocol seminars and workshops to more than 15,000 individuals nationwide. Clients representing business, government, education institutions, and NGOs have been trained privately and in groups.

In her former position as training manager at the National Institute of Valuation (Institut Penilaian Negara – INSPEN), Ms. Noraini and her team were responsible for planning and managing more than 200 programmes each year. She coordinated the institution’s major special events, visits of heads of state and other foreign dignitaries, induction workshops for new hire, international conferences and meetings.

Ms. Noraini has been formally trained and certified as a Professional Image Consultant by Akademi Perunding Imej Profesional, as well as a Certified Fashion, Style and Colour Consultant by ByFerial Training & Image Consulting. Above of that, she continues to make a commitment to advancing her professional development by being an active member of the Association of Image Consultants International (AICI), the leading and largest professional association of personal and corporate image consultants worldwide.

Through the experience, skills and accreditation that she attained, Ms. Noraini is now a highly sought after protocol, etiquette and image trainer. Her extensive knowledge and experience in training has provided a great insight to the participants. Sharing of her real life experiences and encounters with learners are invaluable. Her captivating style and ability to engage people provides a dynamic and enriching learning experience for participants.

____________________________________________________________________________

Perunding Imej Malaysia – NORAINI MOHD. HANAFIAH ialah seorang ahli Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI) dan Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) di bawah Akademi Perunding Imej Profesional Malaysia (APIP) dan Certified Fashion & Style Consultant serta Certified Colour Consultant daripada ByFerial AICI. Beliau berkelulusan Diploma Penilaian (UTM) dan memperolehi sijil International Training Methodology Course (ITMC), INTAN, Malaysia.

Beliau juga telah mendapat latihan dalam Protokol dan Etiket dengan menghadiri beberapa kursus seperti kursus Protokol dan Etiket Antarbangsa untuk isteri-isteri Penasihat Pertahanan (Defense Attache) dan juga kursus Kaya Budi bagi Isteri-isteri Pegawai Kanan Tentera Malaysia. Latarbelakang profesional beliau merangkumi 19 tahun sebagai Penolong Pegawai Penilaian yang berpengalaman dalam kerja-kerja Penilaian dan Hal Ehwal Korporat Jabatan. Beliau seterusnya menceburi bidang latihan selama 9 tahun sebagai tenaga pengajar dan pengurus program latihan di Institut Penilaian Negara Malaysia (INSPEN) dan kini sudah 5 tahun di Academy Communication Etiquette and Protocol (ACCEPT).

Beliau berpengalaman luas dalam merekabentuk dan melaksanakan program pembangunan staf jabatan dan berkemahiran dalam bidang pengukuhan pasukan, kepimpinan, imej professional, etiket dan protokol. Beliau juga menjalankan program-program induksi untuk kumpulan sokongan baru serta mengurus seminar dan persidangan peringkat nasional dan antarabangsa. Kaedah pengajaran beliau samada dengan pendekatan teori dan amali adalah sentiasa menyeronokkan dan interaktif. Ini dapat membantu beliau mengendali dengan baiknya aktiviti-aktiviti latihan.

Semasa beliau berkhidmat di institusi latihan dan pengajian tinggi dengan peserta tempatan dan antarabangsa, Noraini banyak melibatkan dirinya dalam bidang protokol dan etiket termasuk pengendalian pelbagai majlis rasmi. Beliau juga aktif menjalankan berbagai program Keterampilan Diri dan Etiket Sosial untuk isteri-isteri Pegawai Kanan Kerajaan Malaysia, Pegawai Kerajaan dan juga staf di agensi swasta. Kursus yang dijalankan berkaitan pengurusan imej professional organisasi, etiket sosial dan prototokol, etiket bisnes dan korporat.