Bengkel Seanggun Gayamu

(Hijab Styling And Make-­up Tutorial)

Pelbagai gaya bertudung bukanlah penentu utama untuk memastikan penampilan anda menarik. Ia harus dimulakan dengan ilmu dalam mengenali bentuk wajah anda.

Berikut adalah jenis-jenis bentuk wajah :

picture credit to Thacy Do (permanentpretty.com)
picture credit to Thacy Do (permanentpretty.com)

Dengan mengenali dan memahami bentuk wajah, kita tidak akan membuang masa dan wang membeli atau mencuba tudung dan mengenakan gaya bertudung yang tidak sesuai dengan bentuk wajah. Usah terpengaruh dengan individu lain yang kelihatan cantik mengenakan gaya/ ikatan bertudung tertentu kerana gaya bertudung itu mungkin sesuai dengan bentuk wajahnya tetapi tidak dengan bentuk wajah kita.

 

Selain daripada itu, antara faktor yang perlu diambil kira ialah pilihan fabrik, saiz tudung, cara ikatan tudung, corak dan warna akan turut mempengaruhi rupa paras.

Pemilihan tudung dan gaya tudung juga turut ditentukan oleh majlis, suasana  dan tempat yang dihadiri. Seorang wanita yang bekerjaya dan profesional ketika berurusan adalah tidak sesuai menggunakan selendang yang dibelit dengan pelbagai fesyen, tampak merimaskan dan berserabut contohnya selendang dibelit berkali-kali di sekeliling kepala kemudian baki selendang dibiarkan jatuh melepasi lutut.

Cara tudung digayakan harus kemas, menutup aurat dan praktikal.

Para peserta membantu antara satu sama lain menggayakan 6 teknik stail hijab yang ditunjukkan.

Hijab Style Tutorial | Kementerian Kesihatan Malaysia | 17 January 2013 [ Read More ]
Hijab Style Tutorial | Kementerian Kesihatan Malaysia | 17 January 2013
Cara tudung yang digayakan sebaiknya mampu menampilkan imej yang memberi gambaran yang tepat mengenai diri pemakai. Ini penting kerana apa sahaja cara tudung yang digayakan pasti akan menarik perhatian dan penilaian orang lain samada positif atau negatif.

Biarlah cara wanita memakai tudung mampu memberi inspirasi kepada setiap wanita sama ada yang bertudung atau tidak, seterusnya mengangkat martabat wanita muslimah yang peradabannya hebat serta tinggi ilmunya dalam menzahirkan penampilan yang anggun dan sopan.

Perunding Imej Muslimah  1469881_718568481488371_185187370_n

Screen Shot 2014-02-17 at 2.56.21 PM

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

  • Section

 

Verification