Corporate Grooming and Business Ethic | EPF Learning Centre | 17 Januari 2019

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic | Retirement Advisory Service (RAS) KWSP | 17 Januari 2019

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh pihak EPF Learning Centre (ELC) untuk mengendalikan Kursus Corporate Grooming and Business Ethic kepada pegawai-pegawai Retirement Advisory Service (RAS) KWSP pada 17 Januari 2019 yang lalu.

Jutaan penghargaan kepada pihak EPF Learning Centre (ELC) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Corporate Grooming and Business Ethic kepada hampir 80 orang pegawai Retirement Advisory Service (RAS) KWSP dari seluruh Malaysia pada 17 Januari 2019 yang lalu bertempat di EPF Learning Centre, Bangi.

 

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Corporate Grooming and Business Ethic  ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus  ini semoga memberikan motivasi dan menjadi inspirasi untuk menjayakan segala tugasan dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.

Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic

 

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic

 

Kursus Corporate Grooming and Business Ethic ini bertujuan untuk Melengkapkan Pegawai RAS dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknik dan tips berpakaian mengikut tema acara serta etiket sosial dan profesional. Modul yang disampaikan adalah untuk meningkatkan imej profesional KWSP dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai RAS memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Corporate Grooming and Business Ethic ini adalah seperti berikut :

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, January 21st, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments