Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang | Universiti Teknikal Malaysia Melaka | 12 – 13 Mac 2019

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM Pada 12 – 13 Mac 2019.

Pada 12 – 13 Mac 2019, Tim Perunding Imej Malaysia berkongsi ilmu dan kemahiran kepada 22 orang kakitangan UTeM dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM bertempat di Bilik Seminar 1, Aras 2, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM, Melaka.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan denganpelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam  mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Antara hasil pembelajaran yang diperolehi oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM ini adalah memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan, menguasai 5 jangkaan umum pelanggan apabila berurusan dan bagaimana memenuhi tuntutan pelanggan, mengetahui kesan langsung imej diri (Appearance, Behaviour, Communication) terhadap jangkaan pelanggan, menyedari kesilapan-kesilapan dalam amalan perkhidmatan pelanggan yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan  pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan. Pengurusan kaunter yang cekap dan baik akan memberi gambaran yang positif terhadap imej organisasi. Melalui kursus ini peserta dapat mempertingkatkan lagi khidmat kaunter selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM

Selain daripada itu dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM ini para peserta didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan di kaunter, serta didedahkan juga dengan kemahiran mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan berkesan. Hasilnya para beserta akan berkeyakinan dalam melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan di kaunter, termasuklah menangani secara profesional pelayan yang bermasalah dan marah-marah. 

     Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM

Semoga para kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang hadir Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk kembali menjalani rutin melayani dan mengendalikan pelanggan mereka selepas ini dan menyumbang kepada kecemerlangan prestasi dan reputasi diri dan organisasi, in sha Allah.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM ini :

  1. Sangat baik dan perlu diadakan secara berkala untuk refresh – Hafeez Zainudin – Pembantu Pustakawan
  2. Penyampaian sangat baik, tepat berserta contoh – Kamariah Kamis – Pembantu Pustakawan Kanan
  3. Penceramah bergaya, menarik dan berjaya menarik minat peserta kursus – Nur Syahidah – Prmbantu Akauntan
  4. Penyampaian penceramah adalah jelas dan banyak memberikan contoh-contoh. Mudah difahami dan diterangkan dengan jelas kenapa ada ayat-ayat yang tidak boleh digunakan – Nur Azirah Arif – Pembantu Pustakawan
  5. Penyampaian dan pengisian amat menepati tajuk – Muhamad Azhar B. Johari – Pembantu Pustakawan
  6. Menepati tajuk kursus dan berjaya disampaikan dengan cemerlang – Rohayati Abdullah – Setiausaha Pejabat
  7. Dapat menyampaikan mesej dengan baik terutama cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan – Sabariah Binti Ismail – Pembantu Pustakawan Kanan
  8. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perkhidmatan pelanggan – Nik Syukran Muiz Bin Rashid – Pembantu Pustakawan
  9. Pengetahuan yang luas dalam program yang disampaikan. Seronok! – Suzana Binti Lazim – Pembantu Pustakawan Kanan
  10. Baik dan membantu, bermanfaat! – Mohd Nazir Bin Taib – Pembantu Pustakawan Kanan
  11. Bagus dalam membentuk suasana kaunter yang harmoni – Mohd Siddiq Azizi Bin Jais – Pembantu Pustakawan
  12. Ceramah tidak bosan – Noraini Mohd Noor – Pustakawan Kanan
  13. Menarik dan amat memuaskan – Ahmad Tarmizi Abdul Hadi – Pembantu Pustakawan
  14. Terbaik! – Shazley Sahib – Pembantu Pustakawan

Kursus Perkhidmatan Pelanggan UTeM

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, March 14th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments