Protokol Majlis & Etiket Sosial

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

 

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam perkara-perkara berikut:

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kursus ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu.

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis
  • Modul 2: Aplikasi Protokol Dalam Majlis
  •  Modul 3: Heirarki Tetamu Dalam Majlis
  • Modul 4: Susunan Tempat Duduk Tetamu Majlis
  • Modul 5: Panggilan Hormat
  • Modul 6: Pegawai Protokol Dan Penyambut Tetamu
  • Modul 7: Projek Majlis Rasmi
  • Modul 8: Simulasi Projek Majlis Rasmi

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 2 hari untuk peringkat asas dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Business Etiquette and Protocol Workshop, MRT Corp, 06 August 2017

 

Kursus Professional Business Etiquette, Protocol & Image Grooming, Felcra Berhad, 4-6 April 2017

 

Kursus Transformasi Imej Profesional & Pengurusan Majlis, IDB, 11-13 Oktober 2016

.

Kursus Protokol Dan Etiket, MBJB, 21 – 22 September 2015

.

Pengurusan Etiket & Protokol, MBSA, 2-3 Mac 2015

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

 

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

  • Section

 

Verification