Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO | 16 – 19 Julai 2018

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO ini telah berlangsung selama empat hari dan 3 malam iaitu pada 16 hingga 19 Julai 2018. . Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Bahagian Perancangan Dan Hal Ehwal Korporat Perkeso untuk mengendalikan kursus ini bertempat di di Swiss Garden International Hotel Kuala Lumpur.

 

Seramai hampir enam puluh orang peserta yang terdiri daripada pegawai pengendalian aduan pelanggan daripada seluruh cawangan Perkeso di seluruh Malaysia berkampung di sini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam mengendalikan dan mengurus aduan pelanggan.

 

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.Selain daripada itu kursus ini turut menekankan modul pengurusan stres dan teknik menguruskan stres ketika berurusan dengan pelbagai karenah pelanggan.
Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO
Pengendalian aduan bermakna berurusan dengan dan mengendalikan pelanggan yang tidak berpuashati. Manusia yang tidak berpuashati selalunya bersikap mengikut emosi. Mereka bukanlah robot dan tingkahlaku mereka tidak boleh dijangkakan. Aduan dan rungutan daripada pelanggan boleh berlaku hampir setiap hari. Oleh itu, mengetahui bagaimana cara dan teknik menerima dan menyelesaikan setiap aduan pelanggan dengan cara yang betul sangat penting bagi mengelakkan berlakunya konflik dan stres bagi kedua-dua pihak iaitu kakitangan dan pelanggan.
Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Perkhidmatan pelanggan termasuk membina dan memastikan hubungan baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Pegawai pengendali aduan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggansecara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO

Semoga kursus ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Pegawai Pengendalian Aduan Pelanggan PERKESO ini :

 

  1. Penceramah amat berpengetahuan, berpengalaman dan gaya penyampaian beliau amat menarik. – Sahriah Binti Sennawing – Pegawai Eksekutif Kanan
  2. Penceramah seorang yang amat berpengetahuan dan pandai berinteraksi dengan peserta. – Nor Azman bin Osman – Pegawai Eksekutif
  3. Penceramah terlatih dan berpengalaman luas dalam tajuk ini. – Shahrizan bin Ayob – Pegawai EKsekutif
  4. Penceramah yang terbaik dan tepat! – Hasrun Nizam bin Othman – Pegawai EKsekutif
  5. Penceramah berpengalaman dan telah berjaya berkongsi ilmu beliau dengan peserta. – Saravanan A/L Muniandy- Pegawai Kerani Aduan
  6. Peramah “attractive” dan committed! – Juwita Faridah binti Ali @ Ghazali – Pegawai Eksekutif
  7. Superb! – Abang saiful bin Abang Puteh – Pegawai EKsekutif
  8. Penceramah yang amat berpengetahuan dan berpengalaman. – Noor Rislah binti Amon – Pegawai Eksekutif
  9. Very polite and attractive! – Kesevan A/L Rarusuraman – Pegawai Eksekutif
  10. Menarik dalam perkongsian ilmu. – Nasaruddin bin Ahmad – Pegawai Eksekutif
  11. Penceramah yang sangat energetic, berpersonaliti, cantik dan berpengetahuan – Norliza binti Abd Mutalib – Pegawai Eksekutif
  12. Penceramah menguasai bidang dengan sangat baik! – Amarudin bin Mohamad Khalid – Pegawai Eksekutif
  13. Baik dan memuaskan – cemerlang! – NoorAini binti Ya’akop – Pegawai Eksekutif Kanan
  14. Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan gaya penyampaian beliau, penceramah mampu menyampaikan idea beliau dengan jelas. – Aaron Cheng Kok Sin – Pegawai EKsekutif
  15. Tahniah! – Norziha binti Mat Sri – Pegawai Eksekutif
  16. Penceramah sangat menarik dan mampu memberi pengetahuan dan maklumat dengan baik. – Rosnah binti Saad – Pegawai Eksekutif
  17. Pengisian kursus ini sangat baik. – Juani bin Bakidi – Pegawai Eksekutif Kanan
  18. Kandungan kursus amat memuaskan dan menarik! – Muhammad Aifq bin Othman – Pegawai Eksekutif
  19. Tempoh masa program ini harap dipanjangkan. – Mohd Sabri bin Ramli – Pegawai EKsekutif
  20. Kursus yang terbaik! – Jefferson Galan A/K Augustine Andoh – Kerani
  21. Terbaik! – Mohamad Ridwandi bin Tahir – Pegawai Kerani
  22. Penceramah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik. – Zaidah binti Zakaria – Kerani Kanan
  23. Kursus terbaik dan penceramah mudah didampingi. – Afizal bin Azil – Pegawai Eksekutif
  24. Kursus terbaik dan modul ini amat berguna kepada peserta. – Abdul Hafiz bin Zaid – Pegawai Eksekutif
  25. Kursus ini sangat baik. – Chrystal Dungin @ Raymond – Pegawai EKsekutif
  26. Terbaik! – Nurul Afiqah binti Azman – Pegawai Eksekutif
  27. Input yang sangat baik dan berguna dalam tugasan kami. – Zaleha binti Shaari – Pegawai Eksekutif
  28. Sangat Baik! – Ainon binti Lamin – Pegawai EKsekutif
  29. Penceramah berjaya menyampaikan modul dengan cara yang berkesan kepada anggota. – Yuhanisak binti Hamdan – Pegawai Eksekutif
  30. Pengisian amat baik dan penceramah mudah berkomunikasi dengan peserta. – Kaladevi A/P Subramaniam – Pegawai EKsekutif
  31. Penceramah berjaya menarik minat dan perhatian para peserta. – Zunaina binti Amat Dusin
  32. Kursus yang baik dan efisyen. – Balkis binti Abdul Rahman – Pegawai Eksekutif
  33. Penceramah sangat mesra. – Siti Ruhaizah binti Ngadenan – Pegawai Eksekutif
  34. Penyampaian amat baik. – Mohamad Yazid bin Mohamad – Pegawai Eksekutif Kanan
  35. Sangat baik dan penerangan sangat terang dan jelas. – Pegawai Eksekutif – Haldi bin Hasli – Pegawai Eksekutif
  36. Program ini sangat bagus – Mohammed Fahrein Syeriezad bin Mohd Salleh – Pegawai Eksekutif

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, July 27th, 2018July 27, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *