Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional Institut Kesihatan Umum | 11 Oktober 2018

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional Institut Kesihatan Umum – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kesihatan Umum untuk mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional pada 11 Oktober 2018, bertempat di Dewan Mawar, Institut Kesihatan Umum, Kuala Lumpur.

Kursus Transformasi Penampilan

 

 

 

 

Sekalung penghargaan kepada pihak Institut Kesihatan Umum Kuala Lumpur atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional Institut Kesihatan Umum Kuala Lumpur ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita.

Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi sesebuah organiasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa berurusan.

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan para pekerja dengan ilmu penjenamaan imej diri dan organisasi secara profesional, merangkumi teknik penampilan, gaya personaliti diri dan etiket dalam komunikasi profesional.

Kursus ini juga membantu para peserta mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi organisasi dan bagaimana imej profesional mampu melonjakkan nilai organisasi mereka, menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan iri yang boleh memusnahkan reputasi profesional, diri dan organisasi, mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan ketika berurusan dengan pelbagai pihak (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat, mengenalpasti gaya personaliti diri dan gaya personaliti pelanggan, bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional dan mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional Institut Kesihatan Umum Kuala Lumpur ini dikendalikan menggunakan teknologi metodologi pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play dan demonstrasi.

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Kursus Transformasi Penampilan

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Transformasi Penampilan Dalam Imej Profesional Institut Kesihatan Umum Kuala Lumpur ini.

  1. Cara penyampaian yang berkesan. Contoh yang digunakan amat sesuai! (Khairulazani Bin Hassan Sabery, Pembantu Tadbir)
  2. Amat berkomited dan sangat cemerlang. (Siti Zulaika Bt Mohd Zaki, Pembantu Tadbir N19)
  3. Yakin dan tegas ketika menyampaikan (Muhammad Taufiq Bin Mohd Subri, Pembantu Operasi)
  4. Penceramah menyampaikan kursus ini dengan bertenaga! (Mohd Faiz B. Khirrudin, Pemandu)
  5. Sangat bagus dan berpengalaman! (Anasuha Rabi’atul ‘Adawiyah Ibrahim, Pembantu Tadbir)
  6. Penceramah bijak menarik minat para peserta untuk sentiasa fokus dengan topik yang dibentangkan. (Mohd Faizal Bin Abd Aziz, Pembantu Tadbir)
  7. Berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan, berpengalaman dan peserta mudah untuk memahami kandungan yang disampaikan. (Yunizar binti Md Zin, Pegawai Khidmat Pelanggan)
  8. Cemerlang (Siti)
  9. Penyampaian amat baik dan menghiburkan. (Sulaiman Harun, Pegawai Teknologi Maklumat)
  10. Penerangan jelas (Syafiqah Husna Subki, Pembantu Tadbir)
  11. Penceramah mesra dan memberi penjelasan yang baik. (Vivien Emmon Anak Micheal, Pembantu Pustakawan S19)
  12. Kursus ini amat memuaskan (Norzawati Yoep, Pegawai Sains Kaji Serangga)
  13. Secara keseluruhan amat memuaskan (Syafinaz Mohd Sallehuddin, Detrition)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, October 12th, 2018October 12, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *