Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan UHPPI Kementerian Pendidikan Malaysia | 5-6 September 2018

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan – Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Kursus Pengendalian Aduan Dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan bagi warga Unit Helpdesk Dan Pemantauan Perkhidmatan ICT (UHPPI) Kementerian Pendidikan Malaysia,  pada 5 & 6 September 2018 di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Bahagian Pengurusan Maklumat, Putrajaya baru-baru ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan ini.

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

 

 

 

 

 

Kursus Pengendalian Aduan Dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan ini juga bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

 

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan.

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

 

Perkhidmatan pelanggan termasuk membina dan memastikan hubungan baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Petugas barisan hadapan merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta sebenar kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan berhadapan dan mengendalikan aduan serta rungutan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

 

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Semoga kursus Kursus  Pengendalian Aduan Dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan keterampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

 

Kursus Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengendalian Aduan Dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini :

  1. Penyampaian sangat jelas dan mudah difahami. Sangat berkualiti, terbaik, sangat berpuas hati. Program sangat berguna untuk meningkatkan mutu kerja.– Fatahiyah Binti Abdullah – Pegawai Teknologi Maklumat
  2. Sangat membantu dalam menambahbaik perkhidmatan meja bantuan, KPM, penceramah selalu memberi contoh yang baik dan jelas.– Mohd Azhan Bin Mohd Zudin – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  3. Bagus, banyak idea. Dapat kawal suasana dengan baik.– Tun Nazlia Binti Abd Rashid – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  4. Berpengetahuan dan mahir dalam bidang ini.– Masalwa Binti Mat Dan – Pembantu Tadbir
  5. Berpengetahuan tinggi.– Syamsul Annuar Bin Baharuddin – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  6. Terbaik!!– Noor Hayati Binti Jamly – Juruteknik Komputer
  7. Secara keseluruhan, penceramah ini amat berbakat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.– Mohd Arizan Bin Ali
  8. Sangat baik.– Darwis Bin Hassan – Programmer

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengendalian Aduan Dan Kemahiran Perkhidmatan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

Saturday, September 15th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments