Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam: Pengurusan Majlis Dan Komunikasi Pelanggan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia | 31/7 – 2/8/ 2018

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam: Pengurusan Majlis, Komunikasi dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini telah berlangsung selama tiga hari  iaitu pada  31 Julai hingga 2 Ogos 2018. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras Selangor.

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam ini khusus diadakan untuk para pegawai awam yang baru dilantik daripada kalangan Doktor Veterinar dan para pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dari seluruh Malaysia untuk memikul amanah sebagai pegawai perhubungan awam di jabatan dan negeri masing-masing.

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pegawai perkhidmatan awam berkenaan dengan ilmu komunikasi profesional ketika berurusan, bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan pelanggan, agensi-agensi kerajaan dan swasta, rakan sekerja dan  pihak atasan. Kursus ini juga bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Dalam kursus ini juga para peserta program didedahkan dengan aspek pengurusan majlis untuk merancang, melaksana, menganjurkan dan menjalankan tugas semasa majlis-majlis rasmi anjuran Jabatan di peringkat negeri dan persekutuan. Pengisian dan modul yang dirangka dalam kursus ini adalah  untuk memberikan pendedahan, kefahaman dan kemahiran kepada setiap peserta untuk mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi.

 

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

 

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

 

Adalah sangat penting bagi seorang pegawai perhubungan  awam untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan kerana ini akan menonjolkan kewibawaan diri dan Jabatan. Cara dan gaya komunikasi yang tepat dan profesional akan mampu memberi kesan yang baik terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasi.

Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri seorang  pegawai perhubungan  awam yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang pegawai perhubungan  awam akan mampu menjual nilai-nilai profesional Jabatan, serta nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya intergriti, kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani.

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan dan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan.

Pengurusan imej organisasi dan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi para pegawai mereka, yang pastinya akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para peserta dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang dijangkakan oleh pihak luar dan pelanggan.

 

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

 

 

Semoga Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam: Pengurusan Majlis, Komunikasi dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia ini memberikan para peserta yang hadir semangat dan azam baru serta akan memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam: Pengurusan Majlis, Komunikasi dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia ini :

  1. Sangat bagus, komited, berpengalaman & kreadibiliti yang tinggi. Program yang amat baik untuk dihadiri juga oleh pegawai atasan (Syuhada Bt Ahmad Kamil, Pegawai Veterinar)
  2. Menarik dan memenuhi kehendak profesional (Norfaridah Bt Mohamad Razak, Pegawai Veterinar)
  3. Kursus ini sangat membantu! (Abdul Hanit Mat Sham, Penolong Pegawai Veterinar)
  4. Amat bijak dalam menarik minat dan perhatian kelas (Ardhy Adnan, KPP SKKA)
  5. Elegan dan berkaliber! (Nor Natasha Mohd Sofian,-)
  6. Baik dan sangat bermanfaat. (Suryani Binti Sahaman, Setiausaha Pejabat)
  7. Sangat menarik dan enjoyable. (‘Aisyah Bt Aminuddin, Pegawai Veterinar)
  8. Sangat berkebolehan dan berilmu. Mempunyai penampilan yang menarik. (Tuan Anuar Sulzi, Penolong Pegawai Pengurusan)
  9. Professional and knowledgeable! (Daud,-)
  10. Berilmu dan berpengalaman. (Norfuziana Ashikin Mohd Puzi, Penolong Pegawai Veterinar)
  11. Amat baik dan patut diteruskan (Sharil Azwan, Pegawai Penyelidik)
  12. Sangat baik (Mohd Helmy Mahroob, Penolong Pegawai Veterinar)
  13. Baik & berpengetahuan (Norfaraziana Minhat, Penolong Pegawai Veterinar)
  14. Baik dan bagus! (Mohd Hazwan Rosnan, Penolong Pegawai Veterinar)

Kursus Asas Pegawai Perhubungan Awam

 

Anda berminat untuk mengadakan  kursus seperti ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, September 5th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments