Kursus Transformasi Ketrampilan Diri | PPNS | 30 November – 1 Disember 2016

Ilmu penampilan penting dalam memberi landasan untuk menampilkan cara berpakaian yang betul serta melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai.

Penampilan yang diperlihatkan oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka daripada wanita lain.

Reputasi dan kredibiliti seorang muslimah adalah daripada kemahiran berpakaian dan berpenampilan yang mematuhi konsep yang tepat dalam menutup aurat.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman para peserta mengenai konsep berpakaian dan berpenampilan patuh shariah dan aplikasi tatacara penampilan diri yang betul meliputi cara memakai tudung/hijab patuh syariah, cara berpakaian dan berpenampilan yang betul mengikut konsep menutup aurat  semasa ke pejabat / korporat, dalam majlis dan acara separuh rasmi, memahami konsep mekap dan konsep tabarruj, niat dalam merapikan wajah untuk berurusan, tidak berlebih-lebihan dan aplikasi mekap semasa berurusan / ke pejabat dan memahami konsep imej muslimah secara keseluruhan, meliputi aspek adab-adab dalam berkomunikasi dan berurusan, dalam konsep patuh shariah.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Transformasi Ketrampilan Diri yang berlangsung pada 30 November – 1 Disember ini :

  1. “Penyampaian yang mudah difahami” – Noorlelawati bt Abu Bakar
  2. “Program ini amat berguna, kandungannya amat jelas dan mudah difahami dan amat efektif.” – Haslinda bt Sidom
  3. “Penceramah amat bagus dan mantap, mudah faham, seronok, peramah & cun (cantik).” – Junainah bt Ngattini
  4. “Berpengalaman, senang didekati dan penyampaian yang bagus.” – Noreen binti Abdullah
  5. “Bagus dan menepati tajuk.” – Rahmah binti Usop
  6. “Sangat baik dan mampu menarik perhatian peserta.” – Sanara Haniza binti Abdul Jalil
  7. “Sangat seronok, ilmu yang berguna & bermanfaat untuk dipraktikkan, penceramah sangat sporting.” – Masliah bt Mazlan
  8. “Excellent ! Sangat menyeronokkan dan amat bermanfaat.” – Suhaili Susaini
  9. “Sangat baik Cuma masa terlalu padat.” – Naedah bt Samat
  10. “Sangat pakar dalam bidang imej.” – Fadzilah bt Saat
  11. “Keseluruhan amat baik.” – Nur Zatul Zaini Md. Isa
  12. “Bagus berkesan.” – Jurifah bt Kadis
  13. “Menyampaikan maklumat denga tepat dan jelas.” – Siti Hajar Amarulah
  14. “Sangat membantu dalam menjalankan tugas.” – Norlia bt Hamzah
  15. “Sangat membantu dalam mengurus diri sebagai usahawan.” – Norazian bt Ismail
  16. “Awesome.” – Normaimon bt Ahmad
  17. “Bagus & mudah difahami.” – Norashikin bt Sulaiman
  18. “Ilmu yang diberi sangat berguna untuk penambahbaikan dalam kerjaya saya.” – Norlehan Malek
  19. “Amat bagus.” – Hjh Zakiah Zainuddin
  20. “Alhamdulillah. Amat baik, gaya ketrampilan amat bergaya.” – Hjh Jamwiyah Zamakir
  21. “Baik.” – Zubaidah Ali

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa kursus ini berlangsung :

REQUEST PROPOSAL FOR IN-HOUSE TRAINING  REGISTER FOR PERSONAL CONSULTATION  Feel Free To Contact Us

Wednesday, December 7th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments