Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional | Puspanita Pulau Pinang | 8 Disember 2016

Pada 8 Disember baru-baru ini, kami dijemput mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional kepada 40 orang penjawat awam wanita dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Pulau Pinang, bertempat di Bilik Seminar Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang.

Kursus ini menekankan konsep penampilan profesional bagi wanita bekerjaya termasuk pemilihan jenis-jenis pakaian, aksesori, warna, gaya tudung, fabrik, dan corak pakaian mengikut acara, masa dan tempat.

Alhamdulillah para peserta yang hadir kelihatan sungguh bersemangat dan teruja dalam sesi pembelajaran. Para peserta aktif mengemukakan soalan-soalan dan kemusykilan mereka selama ini berkaitan teknik penampilan yang profesional dan terkini dalam amalan sektor kerajaan.

Kami kongsikan di sini antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan mengenai kursus ini :

  1. “Sangat sesuai dan menarik” – Jasidah Bt Hasan
  2. “Bagus” – Choo Soon Sim
  3.  “Berketrampilan dan berkebolehan mengendalikan seminar / ceramah” – Siti Rozaini Binti Ahmad
  4. “Penceramah yang hebat dan berpengalaman” – Harisun Binti Hamid
  5. “Baik” – Zainila Salam
  6.  “Seorang yang bagus, mempunyai ketrampilan yang bagus, mempunyai teknik penyampaian yang berkesan” – Noraziani Azilla Bt Mohd Hamali
  7. “Boleh dilanjutkan kepada yang lain” – Shuhaida Bt Lop Ahmad Zambri
  8. “Sangat bagus” – Hjh Rohani Bt Hassan
  9. “Bagus” – Ruslina Hasan
  10.  “Sofisticatual” – Yusfarahana Bt Yusof
  11. “Excellent!” – Farah Bt Sahul Hamid
  12.  “Bagus” – Jasmiyanti Ahmad Sidik
  13. “Penceramah menepati keperluan kursus. Tahniah” – Rosnani Bt Che Din
  14. “Penceramah mampu menyampaikan idea dan gaya dengan lebih efektif” – Halimah Bt Haron
  15. “Sangat menarik dan energatif, berpengetahuan luas” – Zuraini Binti Muhamad
  16. “Terbaik” – PDT SPS
  17.  “Penceramah mampu menarik minat dengan gaya penyampaian tersendiri” – Hasnah Md. Noor
  18.  “Berasa selesa dengan ceramah beliau” – Noor Haslina Hussain

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa kursus ini berlangsung :

REQUEST PROPOSAL FOR IN-HOUSE TRAINING  REGISTER FOR PERSONAL CONSULTATION  Feel Free To Contact Us

Friday, December 16th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments